Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Alahai anak muda ini. Pelajarannya tinggi malah turut memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen. Raut wajahnya pernah mengugat si Kitol suatu ketika dahulu. Tetapi tenyata pemikirannya sempit dan mudah keliru.
Apa gunanya si Nurul Izzah ini membangkitkan soal keselamatan Negara di luar? Hanya untuk membuktikan bahawa Parti yang diwakilinya mengamalkan dasar keadilan? Maka semua rakyat perlu tahu setiap perinci apa yang berlaku dalam Kerajaan? Malah perkara itu tidak terbatas sehingga ke tahap kelengkapan militer Malaysia?
Pernah dengar mana - mana ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan mengenai kelengkapan militer negara mereka? Penah kita dengar berapa banyak Kapal Selam yang dimiliki oleh Singapore dari mulut pihak pembangkang mereka?
Semut pernah bertemu seorang rakan yang kerjanya dalam TLDM. Semut ringan mulut bertanya mengenai kapal selam tersebut. Sepatah pun tidak dikeluarkannya. Demikian betapa rahsia dan amanah dipegang. Untuk apa diberitahu kekuatan dan kelemahan militer kita kepada orang asing?
Pernahkah kita mendengar cerita orang mendedahkan kelemahan askar kepada pihak musuh? jika ada, bukankah ianya satu penderhakaan? Can it not be called as an act of treason? Maka, adakah wajar si Nurul Izzah ini pergi serata dunia mengatakan kelemahan sistem pertahanan negara? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Anak kecil ini mungkin tidak pernah merasa derita perang. Kita cabar dia duduk dibumi Israel buat beberapa hari dan saksikan sendiri apa kesannya mendedahkan kelemahan militer.
salam, inilah generasi yang akan menghancurkan masa depan negara Malaysia.
BalasPadamdia ingat apa yang dia buat tu, semua orang malaysia suka. kita tidak perlu pemimpin seperti ini. pengundi di lembah pantai, fikir2kan lah untuk menukar wakil rakyat anda. akalnya pendek!
-art-
Apa sebenarnya yg dikatakan rahsia dlm aset pertahan negara ni..? Jumlah pesawat, jumlah kapal selam, jumlah kereta perisai, jumlah persenjataan dan sebut saja apa dia.... Semuanya tidak menjadi rahsia lagi. Adakah negara pengeluar tidak tahu lagi segala items yg telah diserahkan kpd negara pembeli selepas menjualnya..? Segala peralatan yg kita ada, kemampuannya, sebenarnya tidak lagi menjadi rahsia.. Cuba google didlm defence blog/majallah antarabangsa. Terpampang semuanya...
BalasPadamKeturunan komunis dan pengkhianat negara memang suka memperlekehkan pasukan keselamatan negara dan senjata ketenteraan negara sendiri.
BalasPadamNak buat camner...dah ada dalam darah daging.
BalasPadamNilah pemimpin tangkap muat PKR..apa nak heran...semua otak depa letak kat lutut..tak pun kat buntot!!!
BalasPadamLike father..like daughter....
Kepada Lembah Pantai, ingatlah kebebasan bersuara ada batasnya. Kat AS juga sama. Bayangkan rakyat mereka yang gatal tangan dedah maklumat itu dan ini dalam Wikileak terpaksa masuk lubang cacing (bukan kedutaan Ataturk) kerana Uncle Sam naik minyak.
BalasPadamTak sangka pula posting ini mendapat komen yang banyak. Ternyata, memang ada orang yang mengambil berat mengenai pendedahan si Anak Kecil ini kepada orang asing.
BalasPadamBayangkan sekiranya negara ini diserang musuh? Semut yakin, pihak pembangkang lah yang menyebabkan keadaan demikian daripada ianya berlaku.
Kesian apabila panji - panji keamanan negara dibuang begitu sahaja oleh mereka.
Catatan balas Nurul Izaah
BalasPadamJanganlah takut-takutkan pula ahli parlimen pakatan dengan isu keselamatan negara konon, balik-balik isu keselamatan negara (baca keselamatan Umno) nanti nak tangkap ISA pula, apa guna jadi ahli parlimen kalau tak boleh bangkitkan isu duit rakyat yang disalah guna, Nurul Izzah ni ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, askar TLDM tu kan hanya penjawat awam yang dibayar gaji oleh rakyat, jadi jangan eksyen pulak.
KENYATAAN BALAS NURUL IZZAH ANWAR TERHADAP MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
19 Ogos 2010
Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.
Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.
Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?
Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat?
Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.
Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.
Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?
pompuan,tambah2 lagi anak Al Jubs Wal Li Wati, mulut atas bawah bercakap..bapak hentam semua, x kira belakang depan
BalasPadamSoalnya bukan kah kenyataan Menteri Pertahan itu sekadar menyebut TIDAK DIBENARKAN menyelam?
BalasPadamMana datangnya perkataan TIDAK BOLEH menyelam?
Inilah kaedah pembangkang yang mudah memutar belitkan kenyataan orang.
erk, Jadi wakil rakyat tu tak digajikan oleh rakyat ke macam mana?
hamdan basiran bin kiai hj tahir berkata...
BalasPadamCatatan balas Nurul Izaah
Janganlah takut-takutkan pula ahli parlimen pakatan dengan isu keselamatan negara konon, balik-balik isu keselamatan negara (baca keselamatan Umno) nanti nak tangkap ISA pula, apa guna jadi ahli parlimen kalau tak boleh bangkitkan isu duit rakyat yang disalah guna, Nurul Izzah ni ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, askar TLDM tu kan hanya penjawat awam yang dibayar gaji oleh rakyat, jadi jangan eksyen pulak
aku kesian betul dengan si hamdan ni. betul gaji tentera dibayar oleh rakyat melalui hasil cukai dan sebagainya.
kata-kata pertama utk hamdan:
tentera malaysia mempunyai pasukan teknikal yg dikatakan terbaik di asia tenggara hgga byk peralatan pertahanan diperoleh dr negara luar mempunyai kekuatan yg melebihi negara pengeluar sendiri.
kata-kata kedua utk hamdan:
tentera malaysia dibekalkan peralatan pertahanan yg minimum tetapi dapat menggunakannya secara maksimum melalui pelbagai 'rahsia' pertahanan. kenapa disebut rahsia pertahanan, kerana hanya tentera malaysia saja yg tahu berkaitan peralatan dan kegunaannya dari A hingga Z sedangkan jika mengikut manual senjata terbabit, ia hanya dr A hingga C.
kata-kata ketiga untuk hamdan:
tidak kira apa sebabnya, mengapa nurul izah perlu mengeluarkan kenyataan tentang isu keselamatan negara di luar negara, pernah atau tidak hamdan mendengar ahli politik Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand, Vietnam, Laos, kemboja, Australia membuan sidang akhbar dan memaklumkan tentang peralatan persenjataan mereka, kekuatannya, kelemahannya atau kegunaannya, walaupun negara asing tahu berkaitan senjata terbabit.
kata-kata keempat utk hamdan:
cukuplah membenci negara sendiri, kalau rasa tak suka tinggal di malaysia atau negara ini teruk atau pemimpinnya lebih baik mati dari hidup atau negara ini terlalu rasis atau semua yg dilakukan pemerintah adalah tidak betul, saya cadangkan kepada hamdan utk pergi ke Jabatan pendaftaran negara dan lupuskan kerakyatan atau pergi ke Singapura dan katakan bahawa tentera malaysia lemah dan mereka boleh menyerang malaysia bila-bila masa atau pergi ke semua agensi kerajaan dan katakan saudara hamdan mahu menukar taraf bumiputera kepada bukan bumiputera.
fikirkan mana satu pilihannya saudara hamdan.
saya cintakan negara saya kerana tanah melayu ini hanya satu dalam dunia, tiada tanah melayu lain di mana-mana bahagian dunia dan saya tidak akan berkokok mengatakan tanah melayu saya ini tidak berguna sedangkan setiap hari saya menggunakan semua keistimewaan bumiputera yg ada dalam diri saya untuk mendapatkan pelbagai perkara demi kepentingan diri atau keluarga tetapi dalam masa sama menghentam tanah melayu ini.
saydara hamdan, semasa 14 hari komunis berkuasa di tanah melayu, 78 saudara saya terbunuh angkara mereka, jadi tolong jgn beritahu saya pihak mana perlu disokong kerana saya tahu siapa komunis dalam politik di negara ini berdasarkan sikap ditunjukkan terhadap tanah melayu ini serta bumiputeranya.
saudara hamdan, komunis itu tidak percayakan agama, adakah saudara menyokong org yg tidak percayakan agama utk menjadikan malaysia ini sebagai negara islam?
semoga saudara hamdan dan semua saudara islam saya di malaysia ini khasnya sentiasa berada di bawah perlindungan serta sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.