Ahad, Ogos 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sibuk - sibuk membicarakan perihal bukan Islam dan Wanita memasuki Surau atau Masjid semenjak dua menjak ini pun ada baiknya juga. Sekurang - kurangnya, pemahaman Islam bertambah dalam bulan yang mulia ini. Insya Allah jika itu yang dilakukan oleh setiap umat Islam berkenaan perkara tersebut.

Ekoran insiden tersebut, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching akan mengadap Sultan Selangor bagi memohon maaf seterusnya menjelaskan keadaan sebenar. Beliau berkata tujuan sebenar beliau ke surau tersebut adalah untuk memberikan sumbangan memperbaiki pagar surau itu.

Maka dalam kesempatan itu, beliau telah dijemput untuk memberikan ucapan sepatah dua kata sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

"...Saya menyesal kerana perkara ini telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam..." Baca laporan seterusnya disini.

Maka jelas dalam hal ini, bukan beliau yang wajar dipersalahkan. Tetapi sebaliknya pengurusan surau tersebut. Bagi sengaja mengundang kritikan, perkara sedemikian dilakukan. Jelas ceteknya pemikiran dan terlalu pendek untuk memikirkan kesannya yang bakal dibawa melalui insiden itu. Maka persoalannya ialah, takkan lah AJK Surau tu tak boleh buat penyerahan bantuan dan majlis itu diluar surau? Kenapa ianya mesti didalam ruangan solat?

Dah tahu ianya bakal mengundang kontroversi, buat apa buat jugak? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping