Isnin, Ogos 30, 2010


...Hakikatnya, PAS Hanya Sendirian...Yang Lain Hanya Lakonan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Konflik mengenai keinginan murni PAS melaksanakan hukum Hudud terus mendapat tentangan hebat. Yang peliknya, mereka masih bermati - matian mempertahankan sahabat mereka sedangkan sahabat itulah yang menolaknya.

Sebelum ini, DAP dengan lantang menyatakan pendirian mereka. Bukan hanya Karpal Singki Pecah sahaja yang bersuara, malah si Lim Kit Siang Ikan juga berkeras menolak perlaksanaan Hudud dan Penubuhan Negara Islam. Tetapi penafian dari Nik Aziz masih berkeras mengatakan bahawa DAP sedia menerima hudud dan penubuhan Negara Islam. Siapa yang Nik Aziz nak tipu ni? Pengikut dia ke?

Terbaru, 'Orang Kuat Kota Bharu sendiri menyatakan bahawa adalah sukar bagi PAS untuk melaksanakan hukum tersebut biarpun ianya di Negeri Kelantan sendiri. Beliau turut menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak praktikal dan tidak boleh dilaksana oleh satu parti sahaja.

Malah Zaid Ibrahim Al - Araki juga turut menidakkan kedudukan PAS dalam Parlimen dengan menyatakan parti tersebut hanya memiliki beberapa kerusi sahaja. Dalam erti kata lainnya, beliau mendakwa bahawa suara PAS tidak mampu mengubah Perlembagaan dan menidakkan kedudukan PAS sebagai suatu 'kuasa' yang berpengaruh. Maknanya, Zaid nak kata PAS takde 'Power' dan kekuatan untuk menentukan apa - apa. Ikut telunjuk sahaja la PAS jika begitu ye?

Kalau kita lihat pada ketika ini, kebanyakkan kerusi yang pernah diduduki PAS pada suatu ketika dahulu semakin berkurangan. Ironiknya, ia berkurangan bukan sebab UMNO atau BN. Tetapi sebaliknya ia 'dirampas' oleh sahabat mereka sendiri.

Bila mereka mahu sedar bahawa kedudukan mereka dalam pembangkang hanya sebagai pengikut sahaja? Bila mereka mahu sedar bahawa mereka hanya diperalatkan oleh PKR dan DAP? Apakah perkara ini telah terhijab dari pandangan mata Pemimpin PAS semata - mata kerana kuasa? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping