Ahad, Ogos 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Ramadhan adalah bulan mulia yang Allah anugerahkan kepada insan supaya manusia melalui proses tarbiyah rohaniah. Maksud surah Al-Baqarah ayat 183 menyatakan dengan jelas bahawa siyam atau puasa yang merupakan inti kepada bulan Ramadan iaitu ingin menjadikan manusia berjiwamuttaqin.
Jiwa muttaqin atau takwa merujuk kepada rasa ketuhanan yang tinggi yang menjadi sumber kawalan terhadap gerak laku manusia. Oleh itu berlapar daripada makan minum, mengawal pancaindera, mendidik hawa nafsu adalah asas kawalan yang amat penting bagi seorang insan. Apalagi bagi remaja, pengawalan hawa nafsu merupakan cabaran yang paling utama dalam hidupnya.
Amat penting bagi remaja melalui proses tarbiah rohaniah supaya kawalan dalam diri remaja boleh memandu ke arah kebaikan dalam amal.
Maksud muttaqin antara lain memberikan kita keinsafan bahawa apa sahaja yang kita fikir, kita cakapkan, kita buat dan amalkan sentiasa sandarannya kita lakukan terhadap Allah SWT.
Ramadan yang kita lalui selama sebulan membentuk watak 'abid atau ibadullah dan ibadurrahman iaitu melatih kita berjiwa hamba. Jiwa kehambaan yang murni ialah mendidik remaja supaya memiliki sifat taat, patuh, akur dan tunduk.
Allah SWT menerusi sunnatullah-Nya menyebabkan semua perkara yang dicipta diluar diri manusia bersifat sedemikian.
Baca seterusnya disini.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping