Rabu, Ogos 18, 2010


"...Haiya, Mau Letak Jawatan Ar...
Mana Boleh...Projek Banyak Tak Masuk Lagi Ma..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam kekecohan DAP Selangor beberapa minggu yang lalu nampaknya semakin terdesak kedudukan Ronnie Liu. Satu persatu perkara mula dipertikaikan bukan sahaja oleh rakyat dan orang ramai, malah oleh Pemimpin DAP sendiri.

Beliau sebelum ini telah mendapat amaran dari pihak kepimpinan DAP Pusat berkenaan penyelewengan kepala surat dan cop rasminya sudah hampir ke tahap meletakkan jawatan. Melainkan beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dakwaan tersebut dan bertindak seperti yang sepatutnya, maka imej parti boleh diselamatkan (kononnya). Pandangan tersebut telah dikeluarkan oleh Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin.

Malah Liu juga turut mendapat tekanan dari beberapa lagi pemimpin DAP yang menuntut beliau mengambil langkah berani dengan menyelesaikan masalah ini.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata 'kerja membaik pulih' perlu dilakukan oleh Ronnie sendiri kerana ia melibatkan kredibiliti beliau sahaja. Isu tersebut juga turut merugikan perkembangan DAP di Selangor dan terutamanya imej DAP secara online.

Laporan selanjutnya, baca disini.

Nak selamat apa lagi, dah tak apa yang nak diselamatkan dah. Sampai hari ini, Ronnie Liu masih tidak mahu mengaku siapa dalang sebenarnya sedangkan beliau sendiri pernah kata dia tahu apa yang berlaku. Dah tahu apa yang berlaku, kenapa perlu ambil masa yang lama untuk dia mengambil tindakan? Dan kenapa pula sehingga hari ini SPRM tidak mengambil apa - apa tindakan? Pelik bukan?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Standard mereka agaknya. DAP = Dasar Anak Penipu
Categories: ,

2 ulasan:

  1. TAMBAH SIKIT DASAR ANAK PONTIANAK..

    BalasPadam
  2. melayu dan bumiputera tidak perlu lagi bersikap apologetic... dan UMNO sangat perlu secara terang-terangan bersuara sealiran dengan PERKASA.. sama seperti MCA tidak takut senada dengan DAP!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping