"...Gua Anak Emas. Siapa Berani Usik..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berikutan konflik yang melibatkan Ahli Parlimen Pandamaran Ronnie Liu berkenaan isu penyalah gunaan Kepala Surat dan Cop Rasminya. Malah beliau dilihat sebagai seorang Wira apabila tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas beliau.
Seorang analisis Politik, James Wong menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang sukar untuk mengambil apa - apa tindakan tegas terhadap Ronnie Liu. Ia adalah disebabkan ketaatan serta kesetiaan beliau terhadap dua kuasa besar dalam DAP menjadikan beliau tidak tergugat. Beliau dilihat setia kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juga anaknya Lim Guang Eng.
Malah CEC menyatakan tidak ada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan terhadap Ronnie Liu kerana beliau tidak memohon sebarang rayuan terhadap tindakan yang dikenakan dahulu. Maka sepanjang mesyuarat itu berlansung tidak ada sesiapa pun yang bertanya mengenainya.
Walaubagaimanapun, masih ada diantara ahli Mesyuarat tersebut yang tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut. Mereka khuatir perkara ini akan menambahkan lagi keburukan kepada imej parti yang hanya pandai cakap sahaja, tetapi tidak pandai bertindak. They can't walk the talk.
Dalam perkembangan yang sama, Tee Boon Hock yang dipecat dari parti tersebut menyatakan bahawa keputusan itu membayangkan bahawa DAP telah menjadikan beliau sebagai 'Kambing Hitam'. Beliau juga turut menyatakan ianya adalah satu langkah yang tidak adil sedangkan orang lain tidak pula dikenakan tindakan.
Jadi anak buah kesayangan, maka Ronnie terlepas dari tindakan? Adakah ianya wajar? Maka, jika mereka juga melaksanakan dasar Favoritisme, apa bezanya mereka dengan yang lain? Dimana kebenaran yang dituntut oleh rakyat? Sampai bila mereka akan terus memperdayakan rakyat jika keadaan ini berterusan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.