Isnin, September 20, 2010


...Konfirm, Penipu Rakyat...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini, mungkin hari yang paling memalukan buat Ahli Parlimen Pndamaran, Ronnie Liu. Beliau dibidas oleh beberapa orang ahli seumur hidup DAP yang kecewa dengan perkhidmatan beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Terdahulu beliau dilaporkan sedang mengedar beberapa guni beras dikawasannya. Lalu datang sekumpulan penduduk yang terdiri dari golongan India, Sikh dan Cina membuat demonstrasi dikawasan tersebut. Ronnie ketika ditemubual oleh pihak media menyatakan kumpulan tersebut adalah kontraktor yang kecewa sebab kontraknya baru tamat. Beliau juga turut menolak dakwaan bahawa kumpulan tersebut adalah ahli DAP kawasan tersebut.

Namun, apabila disoal balas oleh media kepada kumpulantersebut, mereka dengan lantang menyatakan bahawa Ahli Parlimen itu menipu. Terang - terangan pulak tu. lalu salah seorang dari mereka mengeluarkan kad keahlian DAP dan dipamerkan kepada media. Mereka juga turut menyatakan bahawa mereka bukan kontraktor atau pun sub kontraktor seperti yang didakwa oleh Ronnie Liu.

Mereka penduduk kawasan tersebut yang kecewa dengan perkhidmatan Ronnie Liu. Malah tindakan untuk menyelesaikan masalah setempat juga mengambil masa yang lama, sedangkan sekarang mereka memegang pemerintahan Negeri.

Tapi bagi Semut, orang seperti Ronnie Liu mana ada sifat malu. Malah beliau sanggup menipu dalam temuramah dengan Media. Kenapa beliau suruh media tu yang tanya? Kenapa beliau tidak pergi ke kumpulan tersebut dan berhadapan dengan mereka? Mereka sudah ada disitu. bukan susah pun. Pergi kepada mereka dan cuba bertolak ansur serta bertanyakan masalah sebenar. Baru lah imej beliau tidak tercalar dalam media. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Benda yang mudah macam tu pun dia tak boleh nak selesaikan. Inikan pula nak menyelesaikan masalah Negara kelak. Memalukan.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kalau dah muka tembok mana malu..selamba je

    BalasPadam
  2. Penyelesaian secara samseng atau tonto. Malu letak belakang kira. Silap haribulan kepada mereka yang keluar gambar dalam media semasa tunjuk perasaan tu akan kena penangan samseng ni.

    BalasPadam
  3. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/2/nation/20100602105502&sec=nation
    SHAH ALAM: The Selangor state government’s sand mining company, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),
    paid its employees and board of directors six months bonus between December 2008 to June 2009,
    the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) public inquiry heard Wednesday.
    He also said the company’s employees and directors received an interim bonus of two months in December 2008, barely four months after the company had started operations, and an additional four months’ bonus in June the following year.
    If you read give bonus after 4 month operations , 4 months bonus in June 2009 , before Beng Hock …
    in July 2009

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/last-topic-tan-like-4
    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/justice-for-beng-hock
    Section 01 . What is Lee Kee Hiong and Lee Wye Wing secret ?
    Section 02 . What is Ean Yong Hian Wah secret ?
    Section 03a . Who is pH and IQuit in MP Serdang Teo Nie Ching blog ?
    Section 03b . What is Kajang councillor Tan Boon Wah secret ?
    Section 04 . What happen last 2 days before Beng Hock die ?
    Section 05 . What is Ronnie Liu , the innocent man BIG secret ?

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/donationap-tipuplan
    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/dap-serdang-aman

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping