Isnin, September 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ilmu merupakan asas kepada kehidupan. Ianya merupakan perkara wajib bagi setiap manusia yang menjejakkan kaki didalam dunia ini. Tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama, Ilmu merupakan perkara pertama yang harus dimiliki oleh mereka.

Malah dalam Islam juga, ilmu menjadi tuntutan wajib bagi setiap umatnya. Malah wahyu pertama daripada Allah S.W.T kepada Baginda Rasulullah S.A.W juga berlandaskan ilmu melalui Surah Al - Iqra'. Perkara pertama yang diajar kepada Baginda S.A.W adalah untuk membaca.

Demikian juga yang diterangkan dalam kitab Ihya Ulumiddin, hasil tulisan Imam Al - Ghazali dimana bab pertama buku tersebut menerangkan kepada kita mengenai ilmu. Ia terkandung dalam bahagian (rubu') ibadah yang melengkapi 10 kitab. Kitab ilmunya sahaja ada 7 bab:

1. Kelebihan Ilmu, Mengajar dan Belajar.
2. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Khifayah serta memperjelaskan ilmu akhirat dan ilmu dunia.
3. Tentang apa yang dihitungkan oleh orang awam serta jenis ilmu yang tercela.
4. Bahayanya perdebatan dan menyebabkan manusia sibuk dengan berselisih serta bertengkar.
5. Adap pengajar dan pelajar.
6. Bahaya Ilmu, Ulama serta tanda - tanda Ulama Dunia dan Ulama Akhirat.
7. Tentang akal.

Sesungguhnya dalam Al - Qur'an, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Allah mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain dariNya dan malaikat - malaikat mengaku dan orang - orang berilmu, yang tegak dengan keadilan". Surah Ali Imran, Ayat 18.

Demikian betapa pentingnya ilmu bagi manusia. Dengan ilmu jugalah manusia mampu memiliki segala - galanya. Hanya ilmu sahaja yang akan menjadi harta kekal abadi bagi manusia yang menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dengan ilmu jugalah, kita dapat membezakan sama ada manusia itu baik atau tidak. Tetapi, terpulang kepada manusia itu sama ada mahu menuntutnya dan beriman kepada Allah S.W.T. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping