Rabu, September 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hah! Malunya lah kalau nak dibandingkan dengan ahli DAP yang dilaporkan memasuki ruang solat surau baru - baru ini. Mana tidaknya, aktres terkenal dari Hollywood itu pun tahu menghormati adap dan budaya serta agama orang lain.

Angelina Jolie baru - baru ini telah mengadakan lawatan ke Negara Pakistan bagi menarik perhatian dunia terhadap nasib 21 juta mangsa banjir terburuk Negara tersebut. Lawatan Jolie ke Pakistan itu adalah yang ke empat sejak beliau dilantik menjadi duta Muhibah UNHCR pada tahun 2001.

Bayangkan. Beliau datang dari negara yang bukan dikelilingi oleh umat Islam. Malah kalau nak tanya sama ada beliau ada kawan Islam atau tidak pun susah beliau nak jawab. Tapi beliau tetap tahu menghormati adap dan agama orang lain. Tak masuk masjid pun, setakat melawat Negara Islam sahaja. Pun beliau mengenakan selendang bagi menutup rambutnya.

Tidakkah perkara ini memalukan bagi seorang Ahli Parlimen yang rakyatnya majoriti Islam? Malah hampir setiap hari beliau pasti dikelilingi oleh orang Islam yang turut mengenakan tudung. Takkan beliau tidak boleh bertanya dahulu mengenai perkara tersebut? Atau pun, jemaah surau dan masjid itu juga boleh menerangkan kepada beliau. Kenapa saja nak buat polimik dan kontroversi? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Betul tu Rosmah patut pakai tudung macam angelina jolie. INi buka aurat nampak jambul jerrrr...apa nak jadi bik mama ni

    BalasPadam
  2. alaaa
    semuthitam kau ni memang tuduh membabi buta la. Tau tak nik aziz pernah dtg dlm mimpi angelina jolie dan memberitahu angelina supaya memakai selendang semasa pergi ke pakistan.
    jgn la pikir angelina tahu. sebenarnya nik aziz lebih tahu. maha dasyat la dia (nik aziz).

    BalasPadam
  3. Tiada yang lebih mengetahui selain dari Allah S.W.T. Dia Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping