Sabtu, September 04, 2010

...Islam Mereka Hanya Sekadar Nama???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berikut Semut paparkan E-mail sahabat Semut dari Pahang. Kalau difikirkan ada betul juga apa yang beliau tanya.

Assalamualaikum. Sebagai pembaca blog saudara, saya tertarik untuk mengajukan beberapa persoalan mengenai Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali dengan nama singkatannya PAS. Kerana melihatkan nama parti tersebut sahaja sudah jelas akan arah tuju mereka dalam politik.

Bukan tujuan saya mahu mempersoalkan sama ada boleh atau tidak mereka mempolitikkan agama, tetapi sebaliknya tugas sebenar mereka yang menjadi bahan persoalan ini.

Jika kita lihat dewasa ini, banyak kejadian buang bayi berlaku. Ianya amat menyayatkan hati. Namun kita perlu sedar tugas dan tanggungjawab kita sebagai Umat Islam walaupun kejadian itu mungkin juga turut dilakukan oleh mereka yang bukan Muslim.

Sewajarnya sebagai sebuah parti Islam, mereka sepatutnya mengadakan lebih banyak sesi dakwah kepada Umat Islam di Negara ini dari mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan. namun sehingga hari ini, tidak ada sebarang inisiatif yang diambil oleh mereka. Apa gunanya mereka gunakan Islam sebagai asas perjuangan jika mereka tidak mentarbiahkan orang lain? Adakah mereka hanya perlu bergantung harap kepada orang lain untuk menangani masalah dan apabila orang itu gagal, maka hanya orang itu sahaja akan dipersalahkan? Itulah persoalannya. Rakyat Prihatin Pahang.

Nah. Renungkan. Mereka hanya tahu menyalahkan Jabatan dan Majlis Agama Negeri sahaja kerana tidak mengambil tindakan. Tetapi sebaliknya, mereka sendiri tidak ada idea untuk membasmi perkara mungkar ini dari terus berlaku.

Lihat sahaja asal penubuhan mereka akibat kecewa dengan Tunku Abdul Rahman. Ianya membuktikan kegagalan PAS mentarbiah dan menjalankan kerja - kerja dakwah pada ketika itu.

Mereka masih mahu dikenali sebagai pejuang agama Islam? Kenapa mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai pendakwah diluar dari kawasan Markas dan Masjid? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping