Sabtu, September 04, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Itulah intipati disebalik kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam. Beliau secara tidak lansung menyatakan bahawa PAS tidak ada kuasa untuk menentukan apa sahaja dalam Pakatan Pembangkang. Malah untuk melaksanakan dasar mereka sendiri pun mereka tidak mampu.

Maka persoalannya, tinggal apa lagi pada mereka? Bayangkan sebuah Parti yang cukup digeruni pada suatu ketika dahulu oleh DAP akhirnya hanya menjadi 'Kuda Tunggangan' sahaja. Semata - mata DAP melihat PAS mempunyai sokongan orang - orang Melayu. Maka mereka mengeksploitasikan sepenuhnya PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Apakah tidak ada rasa malu dikalangan orang PAS? Atau adakah mereka tidak melihat hakikat ini hanya semata - mata nafsu menguasai diri mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional? Apakah yang mereka hendak jelaskan kepada pemimpin terdahulu dalam PAS bahawa kini mereka semakin lemah untuk bersuara?

Mungkin atas dasar itulah semakin ramai ahli - ahli PAS yang keluar dari parti tersebut. Terbaru, 756 ahli PAS Parlimen Larut yang keluar parti. Klik Sini.

Adakah mereka masih layak untuk berkata - kata? Nampak gayanya, tidak. Setiap apa yang mereka katakan pada hari ini hanya sekadar mempertahankan DAP dan PKR semata - mata. Nak kata mereka mampu berjuang untuk agama, jauh sekali. Lagi mereka mahu mendabik dada dan mengatakan mereka sedia menjadi Parti yang memperjuangkan Melayu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PAS sudah tidak mampu lagi berselindung disebalik jubah dan serban pemimpin-pemimpin mereka...... satu persatu kemunafikan mereka Allah pertontonkan....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping