Jumaat, September 03, 2010


...Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Nampak gayanya saingan dalam PKR semakin sengit. Kebanyakan Tataetika yang dilaksanakan oleh mereka dalam pemilihan juga meniru Tata Etika UMNO sewaktu pemilihan yang lalu. Mana tidaknya. Semua calon dilarang berkempen dan menggunakan kedudukan sebagai kakitangan Kerajaan Negeri. Copycat ke? Dah takde idea la tu kot.

Tetapi bagi Semut, tata Etika tersebut ditujukan khas buat si Khalid Ibrahim. Maklumlah, beliau Menteri Besar. Jadi untuk menghalang beliau bercita - cita besar, buat la syarat yang macam tu supaya beliau tidak bertanding nanti. Itu spekulasi Semut la.

Namun, yang menjadi bualan hangat semestinya saingan menjadi orang nombor dua PKR. Dengar kata si Azmin Ali dan Zaid Ibrahim bakal bertembung 1 lawan 1. Agak - agaknya, yang mana satu pilihan kalbu si Ketua Penipu ye? Perkara yang sememangnya menjadi spekulasi Semut suatu ketika dahulu. Klik Sini.

Kalau hak memilih pada tangan Presiden PKR sekarang, Kak Wan pasti tolak Azmin. Maklumlah, cemburu. Kata ibu Semut, dalam hati wanita ni ada curiga. Dari Curiga itulah datangnya cemburu. Semuanya gara - gara Shamsidar Thamrin dan Kes Anwar pada tahun 1999. Jika ianya benar, maka boleh kita kata Kak Wan masih mengalami mimpi ngeri berkenaan insiden tersebut.

Jadi siapakah yang bakal dipilih oleh PKR nanti? Jika Azmin terpilih, makin cemburu la Kak Wan dengan Azmin kerana banyak peluang untuk mereka habiskan masa bersama. Manakala jika Zaid yang terpilih, terbuktilah desas desus yang Semut dengar. Apa - apa pun kita tunggu dan lihat nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping