Jumaat, September 03, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

1. Membaca blog Minda Intelek Melayu hari ini dalam artikel Melayu Mempertikai Hak Keistimewaan Melayu Sendiri membuatkan Semut tertanya - tanya. Adakah orang yang memberi komen mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau dalam bahasa Inggerisnya New Economy Policy pernah mengkaji sejarah? Atau sekurang - kurangnya, pernahkah mereka membaca buku The Malay Dilema?

2. Tidakkah mereka melihat kenapa DEB itu dilaksanakan? Pemahaman mengenai kedudukan Melayu suatu ketika dahulu dalam ekonomi sangat menyedihkan. Dimana pada ketika itu, Melayu secara majoritinya hanya terdiri daripada golongan Petani. Sebilangan kecil dari mereka yang tinggal di kawasan - kawasan Bandar pula bekerja dengan Kerajaan British.

3. Atas dasar itulah, maka Tun Abdul Razak berusaha untuk mengubah kedudukan Melayu agar mereka lebih kompatetif dalam bidang ekonomi. Sayangnya, Allah S.W.T telah menjemput Tun Abdul Razak tanpa sempat beliau memberi penerangan secara mendalam mengenai gagasan beliau itu.

4. Pembukaan Felda sebagai contoh sepatutnya tidak hanya terhad kepada sektor pertanian sahaja. Idea Tun adalah agar Melayu dapat memulakan semula kedudukan ekonomi mereka dengan berniaga. Sawit sebagai contoh. Tuan Ladang Melayu, Pekerja Ladang Melayu, Pembeli Buah Melayu, Kilang Proses Melayu, Jual Minyak Sawit Melayu, Pemborong Melayu, Pengeksport Melayu dan seterusnya.

5. Tetapi jika kita lihat hasilnya hari ini, berapa ramai orang Melayu yang berbuat demikian? Tak perlu pergi jauh, sekadar ke tahap pemborong sahaja sudah bukan Melayu yang menguasainya. Apatah lagi yang bekerja diladang. Dan sekarang mereka kata Felda tidak membawa apa - apa perubahan kepada Melayu?

6. Yang salah bukan Dasar Ekonomi Baru atau sistem itu. Yang perlu dididik adalah orang Melayu itu sendiri. Maka sebab itu Perdana Menteri Malaysia, DS Najib mahu membuat Transformasi. Memperbaharui perkara yang sedia ada. Mengeluarkan Melayu terutamanya dari kepompong sifat kebergantungan kepada Kerajaan.

7. Takkan semua perkara perlu diterangkan secara terperinci? Takkan begitu lemahnya pemikiran Melayu sampaikan mereka tidak melihat perkara - perkara ini? Kenapa perlu menyalahkan Sisitem atau dasar itu sedangkan ianya tidak mampu berfikir sendiri? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping