Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, Kak Wan selaku penyandang kerusi Presiden terpaksa senyum kambing saja la selepas ini sebab kemungkinan besar Azmin Ali duduk disebelah dia bakal menjadi kenyataan. Semuanya gara - gara si Hero Kemban tu dah berjaya tarik hidung suami tercinta. malah tindakan si Azmin menjadikan Anwar sebagai Pengurus Kempen beliau turut dipersoalkan oleh ahli PKR sendiri.
Zamil Ibrahim, bekas Setiausaha PKR Kedah menyatakan rasa pelik beliau dengan tindakan tersebut seterusnya bersetuju dengan kenyataan bahawa Azmin ada kunci rahsia terhadap si Ketua Penipu itu. Beliau turut mendakwa bahawa Anwar ketika ini sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin Ali menang tanpa bertanding dalam pemilihan tersebut.
"...Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti..."
Wah, ini dah macam diktator dah ni. Maka sebab itulah rakyat mendesak agar Anwar dan Kak Wan menjelaskan kedudukan istimewa Azmin pada mereka. Tetapi desakan itu tidak diendahkan oleh pasangan tersebut. Bukan setakat rakyat je dia tipu, ahli PKR sendiri pun mereka buat tak tahu saja.
Ke mana hilangnya sifat demokrasi yang kononnya dilaung - laungkan oleh Anwar sebelum ini? Sudah luput ditelan zaman ke? Atau ianya sekadar retorik ketika bercakap dengan rakyat tetapi tidak mengamalkannya dalam partinya sendiri? Apa pandangan Kak Wan pula dalam isu ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Biasanya kita dengar Anwar je menarik hidung orang. Dah terbalik pulak ye.
Juara Reformasi juara demokrasi ala Yahudi yang diterapkan oleh Anwar.....lebih kurang macam PAS jugak halal untuk PAS haram untuk orang lain kes ni lagi teruk....Nak tanya pandangan Ostat Z...
BalasPadam