Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ada juga orang yang bukan Melayu mengiktiraf Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia ini. Tetapi bilngan mereka Semut rasa hanya segelintir sahaja yang benar - benar memahaminya sama ada dari sudut Politik, Ekonomi dan Sosialnya. Malangnya, berapa kerat sangat rakyat Malaysia yang turut berkongsi apa yang mereka fahami ini?
Bagi Prof. Emiritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, adalah tidak wajar bagi mana - mana pihak untuk mempertikaikan perkara tersebut. Malah bagi beliau, sesiapa juga yang melakukan perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan tersebut.
Mungkin ada benar juga jika kita fikirkan. Kerana yang sering mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera ini terdiri dari golongan bangsa lain, iaitu bukan Melayu atau Bumiputera. Dan jika mereka ini yang mempertikaikannya, boleh lagi diterima akal.
Namun sebaliknya jika mereka itu Melayu atau Bumiputera, lain pula keadaannya. Bagi Semut, orang Melayu yang mempertikaikan perkara ini bukan sahaja buta sejarah, mereka juga tidak tahu bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T dan tidak mengambil ikhtibar terhadap keadaan sekeliling mereka.
Mereka tidak menjadikan Bumi Palastine sebagai rujukan. Mereka tidak pernah merasa sengsara yang dialami oleh penduduk asal Palastine apabila tanah air mereka dirampas oleh Rejim Yahudi Israel. mereka tidak pernah merasa seksa apabila bumi mereka dijajah sepertimana yang dirasai oleh golongan orang - orang Melayu terdahulu sewaktu penjajahan.
Inilah ilmu hakikat yang jarang dimiliki oleh manusia kerana mereka tidak mengambil pengajaran dari keadaan sekeliling. Malah mereka mengabaikannya dan memperlekehkan perkara ini sewenang - wenangnya. Sesungguhnya sejarah itu adalah ilmu dan jika seseorang itu buta sejarah maka dia juga buta ilmu. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Thalabul'ilmi fariidlatun 'alaa kulli muslim" yang bermaksud, "Sesungguhnya, menuntut ilmu itu wajib bagi tiap - tiap muslim."
Maka adakah mereka yang mempertikaikan Hak Orang Melayu ini mahu digolongkan sebagai golongan orang yang buta sejarah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.