Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Terngiang - ngiang ditelinga Semut orang PAS yang mempertahankan penggunaan Dinar dan Dirham oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka kata Kerajaan Pusat yang menolak penggunaan itu menentang apa yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Bagi mereka, idea penggunaan Dinar dan Dirham itu pernah dilahirkan oleh Tun pada suatu ketika dahulu.
Bila kita kata PAS suka putar belit fakta, mereka marah. Tetapi kali ini, apa yang mereka kata itu benar - benar lari dari fakta yang sebenarnya. Tun memang pernah mencadangkan penggunaan dinar suatu ketika dahulu TETAPI bukan digunakan dalam negara. Dinar dan Dirham yang dicetuskan oleh Tun pada ketika itu bukan bertujuan untuk mengubah sistem kewangan dan matawang dalam negara.
Sebaliknya, cadangan Tun untuk menggunakan nilai dinar itu dalam pasaran minyak diantara Negara - Negara OIC. Cadangan tersebut adalah untuk membantu Negara - Negara Islam khususnya dalam pembelian minyak dari negara Arab Saudi. Tetapi cadangan itu ditolak apabila iamendapat tentangan dari Kesatuan Negara - Negara Eropah. Bagi mereka ianya tidak adil. Mahu atau tidak, cadangan tersebut ditolak kerana kuasa membeli terletak ditangan orang - orang Eropah.
Jauh sangat bezanya dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Kegunaan dinar dan dirham itu bukan untuk pembangunan Negara. Malah nak merancakkan ekonomi apa jika ianya hanya digunakan di Kelantan sahaja? Tambahan pula, hanya segelintir individu sahaja yang dapat keuntungan daripadanya.
Perkara seumpama ini pun mereka mahu memesongkan dari pengetahuan orang ramai. Maka, apabila mempertahankan soal dinar dan dirham ini, mereka kata lah bahawa Kerajaan Pusat tolak cadangan Tun sendiri. Sampai bila perkara seumpama ini akan berterusan? Adakah mereka akan terus menyebarkan maklumat yang salah kepada rakyat semata - mata untuk kuasa? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.