Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin agak lewat Semut membuat posting ini. Bukan kerana Semut tidak berminat menulis mengenai Kemerdekaan. Tetapi sebaliknya, erti kemerdekaan itu hendaklah kita fahami dan selami daripada kita hanya menyambutnya sahaja. Lain orang, lain cara. Itulah hakikatnya.
Dalam membicarakan soal Kemerdekaan, Semut ditanya oleh seorang sahabat. Adakah benar kita sudah Merdeka? Lalu jawab seorang sahabat Semut yang lebih muda (masih bersekolah) belum kerana kita pada ketika ini masih dijajah dari segi minda. Semut hanya menganggukkan kepala.
Kemudian diminta memberi penjelasan. Ada betulnya apa yang sahabat Semut ajukan itu. Memang benar, masyarakat hari ini masih dijajah mindanya. Malah untuk menentukan mana yang benar dan salah juga telah ditetapkan oleh sebilangan orang yang tertentu. Memilih untuk berbuat sesuatu bukan atas kehendak sendiri tetapi perlu mendapatkan persetujuan ramai.
Andainya ia untuk kebaikan, sangat baik dan patut dilaksanakan. Tetapi dalam keadaan sekarang, yang baik itu yang selalu kita sanggah. Sebagai contoh isu Perpaduan Ummah. Belum ada sebarang rundingan, idea itu ditolak bulat - bulat. Penubuhan Negara Islam dan Perlaksanaan Hukum Hudud juga demikian. Jika ia baik untuk rakyat, kenapa tidak dibawa berbincang? Sebaliknya kita hanya tahu bertelagah.
Itulah nasib Melayu terutamanya. Mudah dijajah mindanya. Setiap keputusan yang dibuat perlu mendapat kelulusan dari orang lain. Kenapa Melayu tidak boleh bersatu? Itu soalan yang paling utama. Berapa lama orang Melayu boleh bersatu?
Jawapannya kurang dari 5 tahun. Bayangkan, sebelum penjajahan British sekali pun, Melayu tidak pernah bersatu. Dalam penentangan terhadap penjajahan Inggeris juga Melayu tidak bersatu. Akibatnya kita kalah dalam perjuangan tersebut. Tetapi akhirnya, apabila Melayu itu bersatu, Bendera Union Jack berjaya kita turunkan.
Bukankah itu satu bukti kemenangan besar buat orang Melayu? Tetapi adakah Perpaduan itu bertahan? Tidak. Tidak sampai 5 tahun, Melayu mula berpecah. Tubuh Parti Negara, PAS dan sebagainya. Tak sampai seratus tahun pun Melayu itu pasti tidak akan dapat bersatu.
Jadi nak hairan apa jika kita tidak boleh mencapai apa - apa kemajuan dalam hidup? Baik dari segi ekonominya, pendidikannya, malah sahsiah kehidupan juga kita gagal. Kerana apa? Kerana kita tidak bersatu. Minda kita masih dijajah.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.