Sabtu, September 04, 2010


...Mengutuk dan Mempertikai Kaum Lain, Rasis La Namanya...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut rasa sesetengah orang Malaysia kurang pemahaman terhadap apa yang rasis dan tak tau apa yang dimaksudkan rasis tu agaknya. Maka macam - macam la perkara timbul. Dan terbaru kes Video Namewee yang mendapat perhatian media hari ini.

Rasisme atau dalam bahasa Inggerisnya Racism membawa maksud satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasikan segolongan manusia berdasarkan kaum. Rasanya setakat itu sahaja sudah cukup menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan rasis. Tapi segelintir manusia macam Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Namewee serta sebilangan yang lain, bagi mereka kalau menyentuh mengenai satu bangsa sahaja sudah dikira rasis.

Dalam pemahaman Semut, Rasis merujuk kepada pertikaian satu kaum terhadap kaum lain. Seperti yang si Namewee buat dalam video klip beliau itu. Beliau mengutuk seorang guru dengan menyebut kaumnya sedangkan beliau bukan dari kaum tersebut. Itu sebabnya ia digelar rasis.

Jika sekadar menuntut hak kaumnya sendiri, tidak lah rasis namanya. Sebagai contoh Melayu menuntut hak Melayu. Macam mana ianya digelar sebagai rasis? A Race Claiming on it's own, how can that be called racisme? Tetapi sebaliknya perkara ini tidak difahami oleh segelintir masyarakat Malaysia. Kebiasaan yang mereka gunakan adalah membandingkan dan mempertikai kaum lain.

Sebagai contoh Cina menuntut agar ekuiti Melayu dimansuhkan. Itu baru digelar rasis kerana satu bangsa mempertikai bangsa yang lain. Mungkin pemahaman Bahasa Melayu mereka kurang agaknya, jadi sukar untuk mereka faham. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping