...Depan Bos, Wayang Baik Punya!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Selain menggunakan kedudukan Istimewa beliau dengan Anwar, Azmin Ali dikatakan akan bertindak lebih ganas. Maklumlah, persaingan beliau bukan calang - calang orangnya. Tidak lain dan tidak bukan Zaid Ibrahim Al - Araki.
Dengar kata si Azmin akan menggunakan kuasa penuh media untuk kempen beliau. Malah beliau telah menawarkan kepada seorang blogger sebanyak RM3000 untuk menyediakan sebuah blog khusus untuk propaganda kempennya menentang Zaid.
Tetapi Zaid cepat menghidu plot jahat si Azmin untuk memburuk - burukkan imej beliau dengan membuat pelbagai spekulasi. Diantaranya kredibiliti Zaid sebagai 'Kaki Katak' dan suka tikam belakang sepertimana yang dibuat beliau kepada UMNO dulu. Dalam ertikata lainnya, spekulasi itu mengambarkan Zaid sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan suka memutar belitkan fakta. Peguam, dah tentu itu kerja dia.
Maka, Zaid dikatakan telah membuat laporan polis terhadap tindakan si Azmin ini. Klik sini.
Fuh! Lagi bahaya pemilihan yang mereka buat. Siap guna propaganda melalui media. Tapi bagus juga mereka buat macam tu. Baru rakyat tahu rupa sebenar pemimpin - pemimpin PKR ni. Biar habis semua cerita buruk mereka buat sendiri oleh mereka. Takut nanti disalahkan UMNO dan BN pulak saja - saja nak ada - adakan cerita sudah lah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.