"...Saya Tidak Gentar!!!..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berani Kerana Benar! Itulah ungkapan yang sepatutnya disahut oleh Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq. Jika beliau betul - betul dalam golongan orang yang benar, maka beliau perlu berani. Malah beliau sudah dicabar. Tunggu apa lagi?
Rakyat perlu tahu kebenaran. Maka beliau sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan berita harus berani menyahut cabaran tersebut dengan kebenaran juga. Bukan setakat mengertak sahaja. Ambil tindakan yang sewajarnya jika beliau benar. Beliau sudah mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap DS Zahrain yang dikatakan memfitnah beliau. Jadi, tunggu apa lagi? Saman saja la.
DS Zahrain sebelum ini mendakwa Jahabar mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) yang membuat provokasi terhadap kedutaan Malaysia disana. Bagaimanapun Jahabar menafikan tuduhan tersebut.
Kalau betul dia mahu menafikannya, Nah! Ambil tindakan. Saman la DS Zahrain jika beliau betul - betul berani. DS Zahrain pun tidak gentar dengan ugutan tersebut. Kalau sekadar bercakap sahaja, tidak ada gunanya. Berdiam diri hanya akan menyusahkan diri beliau sahaja dan menjelaskan bahawa beliau memang ada hubungan tersebut. Pilihan buat Jahabar hanya dua;
1. Tidak mengaku terhadap tuduhan tersebut dan memfailkan saman terhadap DS Zahrain, atau;
2. Mengaku mempunyai hubungan dan Kerajaan ambil tindakan ISA.
Itu sahaja. Jalan manakah yang akan dipilih oleh beliau? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kerana mulut, badan binasa.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.