Ahad, September 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pertikaian Semut dengan beberapa orang sahabat hari ini adalah mengenai tindakan - tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bukan sebab Semut tidak menyokong beliau, tetapi serba sedikit rasa kecewa terhadap tindak tanduknya kebelakangan ini sudah sampai ke tahap menyampah.

Beliau dilihat seolah - olah mahu mengelak dari persoalan asal yang berlaku dalam Negara sendiri. Maka pelbagai cubaan dilakukan untuk mengalih perhatian orang ramai kepada perkara lain. Sebagai contohnya beliau masuk wataniah, tetapi tindakan beliau tidak melambangkan seorang pejuang yang tebal jati dirinya. Malah ada beberapa tindakan beliau tidak melambangkan intelektual beliau yang berasal dari Oxford itu sendiri dan sebaliknya memalukan institusi itu sahaja.

Perkara yang paling pokok ialah sewaktu beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda dahulu lagi. Perkara sedemikian hanya menjerat lehernya sendiri kerana sudah tentu dalam keadaan tersebut pelbagai spekulasi dan kontroversi akan timbul selepas pemilihan. Terutama ketika bapa mertuanya sendiri didesak untuk mengundurkan diri oleh ahli UMNO. Tetapi beliau gagal menggunakan akalnya untuk memikirkan kesan - kesan tersebut.

Perkara yang kedua beliau lakukan ialah dengan mencabar dan menentang PERKASA yang sememangnya dari bangsa beliau.. Sepatutnya beliau menggunakan akal dan fikiran untuk sama - sama duduk berbincang arah tuju Melayu dengan Perkasa dan menggariskan beberapa perkara yang boleh dibantu oleh UMNO. Bukan menentang secara terang - terangan.

Perkara ketiga yang beliau lakukan ialah menyalahkan bangsa sendiri lemah sedangkan beliau sendiri tidak melakukan apa - apa tindakan tegas terhadap Namewee. Sepatutnya sebagai pemimpin Melayu generasi akan datang, beliau sewajarnya kekal mempertahankan bangsa sendiri dari meletakkan kesilapan tersebut kepada bangsa Melayu.

Perkara keempat, beliau sepatutnya menyahut cabaran dari Ahli Parlimen Lembah Pantai yang kerap mempersoalkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Perkara 152 serta 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara tersebut adalah dasar perjuangan UMNO yang menegakkannya. Biar rakyat melihat dan menilai sendiri kemampuan dua tokoh politik dari generasi muda ini meluahkan pandangan masing - masing. Baru boleh menarik perhatian anak - anak muda ke arah politik. Kenapa dulu beliau berani melakukannya tetapi tidak sekarang?

Tetapi sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian dengan memberi cadangan yang kurang bijak, maka orang ramai melihat UMNO itu semakin lemah. Malah agenda perjuangan Agama, Bangsa dan Negara terabai begitu sahaja. Perkara ini hanya memalukan UMNO dan seterusnya kepimpinan Datuk Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak semata - mata. Adakah perkara semudah ini pun lulusan dari Oxford itu tidak mampu nak fikir?

Untuk apa beliau sibuk - sibuk memberi cadangan agar Duta Malaysia di Indonesia dipanggil balik? Apakah tidak ada isu lain yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi beliau sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

2 ulasan:

  1. Lagi cepat KJ keluar dpd UMNO lagi bagus!

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Inilah punca lemahnya Pemuda UMNO. Ketuanya langsung tidak mencerminkan perjuangan partinya. Egonya tercalar apabila tiba2 Perkasa muncul sebagai hero, tempat yang sepatutnya dinikmati oleh Pemuda UMNO. KJ mgkin menyedari bahawa dia tidak popular di kalangan Pemuda sendiri, oleh itu lebih baik vocal sebagai KP BN, mencari undi bukan melayu lebih penting, sama taraf dgn mentornya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping