Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Lagi banyak yang mereka katakan, maka makin banyaklah keburukan yang mereka paparkan kepada rakyat. Tinggal lagi sama ada rakyat pandai menilai atau terus terjerumus dalam kancah penipuan mereka sahaja. Tetapi bak kata mereka sendiri, rakyat kini sudah pandai menilai.
Maka dengan itu kita lihat sahaja gelagat merapu - rapu mereka dari hari ke hari. Mana yang mereka katakan bertindak untuk rakyat?
Lihat sahaja perebutan kuasa Timbalan Presiden PKR yang semakin hangat diperkatakan ini. Makin banyak kata - mengata, kutuk mengutuk sesama mereka. Malah ada yang siap memberi upah untuk membuat blog memburuk - burukkan pihak lawan. Tidak pelik jika satu hari sebelum pemilihan diadakan, kita bakal dengar blog yang Anti Zaid atau Anti Azmin.
Satu pandangan yang Semut terima baru - baru ini mungkin boleh kita jadikan renungan. Bagi Zaid, beliau berjuang demi maruah. Jika beliau kalah, jelas terbukti bahawa PKR pun sudah mula menolak kepimpinan beliau. Mahu atau tidak, beliau harus menang dan jika kalah, beliau kalah semua.
Bagi Azmin Ali pula, mungkin sifat cemburu masih menebal didalam dada. Maka sebab itu beliau akan pastikan tiada anak Ibrahim lain yang akan jadi bosnya. Cukuplah Anwar seorang sahaja. melayan kerenahanak Ibrahim yang seorang ini pun dah tak terdaya gamaknya.
Disimpilkan bahawa perjuangan mereka hanya bertunjangkan seorang individu sahaja. Hanya untuk memuaskan nafsu si Ketua Penipu. Jika tidak dapat kebenaran atau lampu hijau dari beliau, maka lupakan sahaja hasrat mahu memengang kuasa. Itulah sebenarnya perjuangan PKR. Keadilan hanya untuk Anwar. Kata putus juga ditangan Anwar. Mereka mengagung - agungkan Anwar sebagai Wira dan mendahulukan beliau dalam segala hal.
Masih ada yang mahu percaya dengan retorik perjuangan Parti Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai Parti Kelentong Rakyat ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.