Rabu, September 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam politik orang sanggup lakukan apa sahaja. Menjual agama, prinsip, perjuangan, harta dan masa. Malah ada yang sanggup mengadaikan diri sendiri. Semuanya semata - mata kerana kuasa. Nauzubillah.

Jika kita lihat kepada senario pemilihan PKR juga begitu. Sampai sanggup ke satu tahap mengupah orang untuk membuat fitnah dan mengadu domba. Demikian betapa rakusnya mereka yang mahukan jawatan dalam organisasi tersebut. Ini membuktikan tiada Iman didalam diri mereka ketika mereka mendahagakan kuasa di atas muka bumi Allah ini dan melupakanNya. Astargfirullah.

Menurut kata Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zahid Mat Arip, pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Zaid Ibrahim demi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu sampai ke tahap 'Jiwa dan Raga'. Malah menurut beliau, tidak ada mana - mana individu dalam PKR yang sanggup membuat 'pengorbanan' sehebat yang dilakukan oleh Azmin Ali. Maka dengan itu, Azmin mendapat sokongan penuh dari Anwar.

Keyakinan untuk Zaid menang juga semakin menipis apabila 13 lagi ADUN Selangor dan Negeri Sembilan hari ini menyatakan sokongan mereka kepada Azmin Ali. laporan seterusnya, baca disini.

Bayangkan, tak sampai setahun PRK Hulu Selangor diadakan dengan keputusan Zaid kalah teruk kepada Calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan. Beliau sudah ditolak oleh Majoriti ahli PKR yang pada ketika itu menyokong penuh beliau. Beliau diangkat sebagai Wira, macam - macam pujian dilemparkan kepada beliau. Tetapi sekarang sudah terbalik. The table has turn on Zaid.

Inilah wajah sebenar PKR. Jika seseorang itu banyak memberikan manfaat, mereka akan disanjung mulia dan dilemparkan dengan pelbagai pujian. Tetapi sebaliknya jika tidak ada yang memberikan jasa dan pengorbanan, maka mereka akan disisihkan. Tambahan pula jika mereka pandai mengampu si Ketua Penipu seperti yang Azmin Ali lakukan, jelas karier politik mereka tidak ke mana - mana.

Kerana apa? Kerana dasar PKR adalah untuk Anwar seorang sahaja. Dasara PKR bukan untuk rakyat, jauh sekali kehendak ahli - ahlinya. Hanya untuk Anwar Ibrahim sahaja. Maka hanya ada satu anak Ibrahim sahajalah dalam PKR ini. Adakah ini parti yang kita mahu lihat menerajui Negara? Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping