Rabu, September 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hampir tak perasan pula Semut ketika membaca laporan akhbar hari ini. Kalau Semut perasan tadi, sudah tentu Semut faham kenapa Timbalan Setiausaha PAS memberi cadangan agar UMNO tidak bertanding dalam PRK DUN Galas nanti.

Walaupun yakin mereka akan menang, PAS mengakui mereka perlu memikul cabaran yang besar dalam Pilihanraya Kecil itu. Naib Presiden PAS yang menyatakan perkara tersebut mengakui bahawa untuk mengambil semula DUN Galas itu adalahsatu perkara yang besar. Ia berikutan Parlimen tersebut yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah merupakan kubu kuat UMNO.

Dua lagi DUN dalam Parlimen Gua Musang iaitu Nenggiri dan Paloh turut dikuasai oleh UMNO. Oleh yang demikian, Salahudin Ayub tidak memandang remeh terhadap kekuatan UMNO bagi merebut kembali kerusi Galas.

Mungkin kerana khuwatir mereka terpaksa menghadapi kekalahan, maka Timbalan Setiausaha PAS Pusat itu membuat cadangan untuk memberi laluan percuma kepada PAS. Maka mereka mainkan isu Perpaduan Ummah sedangkan sebelum ini mereka yang kuat menolaknya. Adakah ini perjuangan PAS hari ini? Demi memperolehi kemenangan, sanggup menelan semula ludah yang mereka luahkan dahulu? Menyedihkan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. BN kalau nak menang mudah, ambil saja Ku Li jadi calon. Dia boleh bantu ambil semula Kelantan dalam PRU nanti. dia bileh jadi MB Kelantan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping