Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Malaysia akan terus kekal didominasikan oleh golongan muda apabila peratusan golongan tua hanya diwakili sebanyak 10% sahaja. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada bancian penduduk 2010 yang telah diadakan oleh pihak Jabatan Perangkaan beberapa bulan dahulu.
Maka adalah wajar bagi pihak kerajaan untuk menumpukan perhatian terhadap pembangunan golongan muda ini dalam Rancangan Malaysia Ke 11 akan datang. Menurut Tan Sri Mohmed Nor Yaakob, laporan bancian tersebut juga akan membantu Unit Perancangan Ekonomi (EPU) merangka keperluan masyarakat muda seperti pendidikan dan sebagainya.
Komen Semut:
Jangan hanya tumpukan kepada satu bidang sahaja. Bidang lain pun perlukan perhatian juga. Seperti sara hidup, kediaman dan sebagainya. Kerajaan perlu lebih prihatin terhadap perkara ini.
Jika dilihat sokongan golongan muda pada ketika ini, sudah ramai yang menjadi golongan atas pagar. Seperti yang Semut lalui baru - baru ini. Kebanyakkan golongan muda hari ini lebih rela jadi orang atas pagar dari menyertai mana - mana parti politik. Termasuk mereka yang kecewa dengan PKR dan pembangkang terutamanya.
Mereka bukan tidak mahu menyertai UMNO, tetapi mereka muak dengan kerenah pemimpin yang kebanyakkannya hanya mementingkan diri sendiri. Jika pemimpin - pemimpin UMNO ini dapat keluar dari kepompong kepentingan diri, tidak mustahil golongan muda ini akan kembali menyertainya dan UMNO akan kembali kuat seperti dahulu.
Kepada kepimpinan Pemuda UMNO pula. Dengan adanya indeks terbaru ini, buatlah kerja. Banyakkan program yang dapat mendekatkan diri dengan mereka. Mereka perlukan pelan kontigensi bagi merapatkan diri dengan golongan ini dan meraih sokongan mereka. Jangan sekadar duduk senang lenang dalam Mesyuarat dan retorik melaungkan perjuangan bangsa. Tetapi buat kerjanya tidak. Ambil peluang sementara ianya masih ada. Kalau dah terlepas nanti, satu apa pun dah tak berguna lagi. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.