Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dah jadi parti caca-marba dah Parti Keadilan Rakyat ni nampak gayanya. Ada spekulasi tikam menikam sesama sendiri. Ada sesi tuduh menuduh. Sesi membangga - banggakan diri. Sesi sokong emnyokong tak payah cerita lah. Malah blogger Pro Pembangkang pun turut sama terlibat.
Hari ini dilaporkan kebanyakkan blogger pro pembangkang menyelar tindakan 20 Ahli Parlimen yang memberikan sokongan terbuka mereka kepada Azmin Ali. Mereka menganggap bahawa Ahli - Ahli Parlimen itu diperalatkan untuk menyokong Azmin kerana takut kepada Ahli Parlimen Gombak yang bersembunyi dibelakang Anwar Ibrahim.
Mereka juga turut mendakwa bahawa ada diantara Ahli Parlimen yang tidak tahu pun mereka termasuk dalam senarai yang menyokong. Dalam blog mereka juga turut diadakan undian maya dan mendapati Zaid berada ditangga teratas selain Azmin, Khalid Ibrahim, Syed Husin Ali dan Mustafa Kamil Ayub. Mereka Azmin, mereka yang lain turut berhasrat untuk merebut jawatan tersebut tetapi sekadar mendiamkan diri kerana tidak mahu cari pasal dengan Anwar.
Ha, kan Semut dah cakap. PKR ini parti yang bertunjangkan seorang manusia sahaja. Mereka berjuang demi memenuhi kehendak Anwar Ibrahim, bukan untuk rakyat. Lihat sahaja pertikaian sesama mereka. Hanya tahu memburuk - burukkan antara satu sama lain sahaja. Tidak ada satu pun hasrat mereka yang bertanding demi kebajikan ahli. Yang penting bagi mereka ialah menang dan berkuasa.
Pemimpin sebegini yang mahu dijadikan tonggak kepada Negara? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.