Khamis, September 09, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sayu hati ini apabila membaca kisah 1,400 penduduk Kampung yang bakal diusir di Pulau Pinang selepas Lebaran ini. Baca berita berikut:

GEORGETOWN: Ketika umat Islam bergembira untuk menyambut 1 Syawal, kira-kira 1,400 penduduk di tiga perkampungan Melayu di Pulau Pinang sedang menghitung hari untuk 'diusir' keluar dari rumah mereka yang dibina di atas tanah milik orang lain, walaupun diwarisi sejak nenek moyang.

Tiga perkampungan berkenaan ialah Kampung Pokok Asam, Jelutong; Kampung Binjai, Permatang Damar Laut dan Kampung Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas - yang rata-rata ketua keluarga adalah nelayan dan pesara.

Kesedihan dirasai kira-kira 200 penduduk Kampung Pokok Asam, dan 1,000 penduduk Permatang Tepi Laut yang diarahkan mengosongkan rumah masing-masing bulan depan, manakala kira-kira 200 penduduk Kampung Binjai, sudah menerima notis bulan lalu.

Ketua Unit Nelayan Permatang Tepi Laut, Mohammad Kassim Mohamed, 46, berkata jika penduduk diarahkan keluar, mereka bukan saja tiada tempat berteduh, malah menyebabkan mata pencarian hilang.


Baca seterusnya disini.

Luluh jiwa memikirkan seandiannya Semut berada di tempat mereka. Ke mana harus mereka bawa diri? Nak harapkan Kerajaan Negeri membantu? Jauh sekali. Jika Kerajaan Negeri mahu membantu, sudah lama mereka dapat mengelakkan musibah ini. Sudah tentu keadaan ini tidak akan berlaku.

Tetapi itulah takdir Allah S.W.T. Apabila kita berikan tanggungjawab dan kuasa kepada yang bukan Hak, maka pasti mereka akan buat endah tak endah. Kenapa Semut kata begitu? Cuba renungkan. Jika benar Ketua Menteri Pulau Pinang itu ikhlas mahu membantu penduduk setempat, sudah pasti jalan penyelesaiaannya ditemui sebelum perkara ini berlarutan. Malah sudah tentu kawasan ini akan menjadi tempat kunjungan harian beliau terutama dalam bulan Ramadhan ini.

Hakikatnya tidak sebegitu rupa. Malah tidak ada berita pun yang mengatakan si Ketua Menteri itu turun menjenguk penduduk setempat. Ini yang dinamakan Ikhlas? Itu yang dibanggakan sangat sebagai Khalifah? Wallahualam.

Fikir -fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. 1. ada 1000 orang. nak di halau. takkan serah kan pada takdir?
    2. lain kali pangkah la parti yg yg boleh membela nasib. dlm hal ni, dah salah pangkah, maka nasib la...
    3. khalifah tu cina ke, melayu ke, serupa je. si cina musnahkan tempat melayu. besok melayu plak musnah kan tempat cina.
    4. sangat la jarang takdir menentukan segalanya. kekadang dosa yg lepas akan mengajar dan mengejar kaum itu.

    BalasPadam
  2. Agong & ATM kena masuk campur dan isytihar darurat..mana boleh melayu keluar dari bumi sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping