Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semakin sengit nampak gayanya keadaan di gelanggang Pemilihan Timbalan Presiden PKR sejak kebelakangan ini. Dua calon yang bertanding nampaknya tidak mahu mengalah antara satu sama lain. Malah cabaran tetap disahut walaupun spekulasi 'Tikam Belakang' sedang giat dijalankan.
Namun ia tidak akan menggugat semangat si Zaid Ibrahim dan Tidak Gentar untuk terus bertanding. Walaupun yang beliau hadapi itu merupakan orang kanan dan 'Anak Emas' kesayangan bosnya sendiri. Kata Zaid, kononnya beliau bertanding bukan kerana Anwar atau pun Azmin, tetapi sebaliknya demi perjuangan PKR. Kononnya lah.
Malah beliau turut menyifatkan tindakan sokongan terbuka yang dibuat oleh sebilangan Ahli Parlimen dan ADUN kepada Azmin aAli itu sebagai 'Wayang Orang Yang Terdesak!!! Kononnya nak tunjuk kuasa, tetapi tidak ada.
Fuh!!! Zaid kata Azmin seorang yang terdesak? Takkan nak diamkan diri sahaja Azmin. Tunggu apa lagi. Balaslah kenyataan Zaid itu. Takkan nak dibiarkan sahaja.
Lihat bagaimana buruknya perilaku pemimpin PKR. Sanggup menuduh dan membuat spekulasi yang bukan - bukan semata - mata demi kuasa. Bukan untuk rakyat, tetapi memastikan mereka memiliki kuasa. Adakah layak pemimpin yang rakus sebegini dibiarkan sahaja? Bukankah telah terbukti bahawa bukan sekadar ahli PKR sahaja yang tidak dapat menerima Zaid tetapi rakyat juga demikian? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.