Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, bukan main lagi si Tian Chua mendabik dada menyatakan proses pemilihan yang diadakan PKR adalah yang terbaik kononnya. Yang pertama didunia kononnya. Memaparkan sifat demokrasi kononnya. Nampak gayanya si Pengerusi Strategi PKR itu terpaksa menelan air liurnya sendiri dengan kenyataan tersebut apabila berlaku rusuhan semalam.
Pelbagai perkara yang berlaku. Bukan hanya disatu dua tempat tetapi seluruh negara. Persoalannya, kenapa ianya jadi begitu?
Di Klang, dakwaan kononnya kertas undi bagi pencalonan Ketua Cabang tidak mencukupi. Sedangkan kertas undi bagi jawatan lain semuanya cukup. Hanya bagi jawatan itu sahaja yang kurang. Bagi salah seorang calonnya, perkara itu tidak masuk akal lansung.
Di Kapar pula, ada kertas undi yang tidak menyenaraikan nama calon tertentu. Malah turut didakwa ada kertas undi yang sudah siap bertanda. Fuh! Demokrasi sungguh. Ada juga dakwaan yang turut menyalahkan Pihak Pengawasan Pemilihan apabila mengarahkan pengundi mengundi calon tertentu sahaja.
Kebanyakkan pemilihan yang diadakan semalam terpaksa dibatalkan dan ditunda akibat keadaan yang berlaku diluar kawalan. Baru Proses Pencalonan bagi jawatankuasa tertinggi dan pemilihan calon bagi Cabang. Belum Pemilihan peringkat tertinggi lagi. Kalau pemilihan peringkat tertinggi, entah apa la yang akan berlaku agaknya. Jangankata kerusi terbang, orang pun boleh jadi Superman masa tu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.