...Terry Jones...Wajah Si Penipu Kebenaran...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jika benar mereka dari kalangan orang yang bijak pandai, dah tentu mereka tak buat. Tetapi sebaliknya, jika mereka menurut kata nafsu tanpa menggunakan akal, maka sahih mereka dari golongan orang - orang yang rugi.
Ye lah. Cuba renungkan. Apa bijaknya jika mereka membakar Al-Qur'an? Apa kepuasan yang mereka dapat? Hanya sekadar kepuasan menyakitkan hati umat Islam dunia? Tidakkah mereka fikir apa kesannya nanti? Malah Kerajaan mereka sendiri membantah.
Lihat sahaja tuduhan melulu yang dibuat oleh Presiden mereka sebelum ini. Bukankah ia menyebabkan lebih ramai nyawa rakyatnya terkorban, sedangkan dia enak menikmati kehidupan mewah selepas bersara? Apa pula perasaan ibu dan keluarga askar yang terbunuh di Afganistan dan Iraq akibat tindakan tidak bijak Presiden mereka itu?
Sekiranya mereka kata mereka berada dalam kelompok orang - orang yang benar, dah tentu mereka tidak akan merasa tergugat dengan Islam. Sebaliknya, Paderi - Paderi mereka sengaja membuat cerita agar membenci Umat Islam kerana Paderi itu tahu bahawa Islam itulah agama yang sebenar - benarnya. Mereka sengaja memesongkan diri dari kebenaran. Siapa yang mahu mengaku mereka sebenarnya telah mengaku kesilapan? Maka untuk menutup rasa malu mereka, macam - macam cerita yang mereka lakukan.
Namun sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kebodohan Paderi mereka terserlah dengan mengadakan acara yang hanya mencerminkan kebodohan dan sifat dunggu mereka. Demikian Allah tarik semula nikmat akal fikiran dari kalangan mereka dan kesudahan bagi mereka adalah Api Neraka.
Seperti kata pepatah Inggeris, Two Can Play That Game. Jangan ingat umat Islam tidak takut kepada mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar yang agung dunia pun pernah jatuh kerana Islam. Tidak mustahil jika ianya berulang sekali lagi.
Jadi nasihat Semut, Never Try To Play With Fire. And If You Do, Then You'll Shall Pay For What You Have Done To Yourself. Or Rather you Burn Yourself In Hell. Jangan menyesal dikemudian hari. Jangan dah terantuk, baru nak terngadah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ini posting Semut yang ke 500. Alhamdulillah ianya adalah untuk kesedaran Umat Islam bahawa bertapa pentingnya kita bersatu padu dan merapatkan Ukhwah. Jika tidak, inilah yang bakal kita hadapi kelak. Malah ianya sudah bermula.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.