Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini 1 Syawal. Seluruh umat Islam dalam dunia menyambut hari kemenangan mengatasi nafsu mereka selama sebulan. Walaupun hakikat bahawa nafsu itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata - mata. Tetapi termasuk juga dalam perihal bisikan syaitan.
Mengkala di bulan Ramadhan yang lalu, Syaitan dan Iblis diikat dan semua pintu neraka tertutup masih ada lagi manusia yang rakus mengejar keduniaan. Nauzubillah. Inilah yang dikatakan nafsu menguasai hati dan jiwa manusia.
Oleh yang demikian, sebulan yang lalu kita sebagai umat Islam adalah diwajibkan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan beriman kepadaNya. Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarangnya.
Marilah kita sama - sama mengucapkan syukur kepada Allah pada hari yang mulia ini kerana dapat menyambut kemenangan dalam suasana yang aman dan makmur. Jauh dari penindasan dan sengketa seperti negara - negara Islam yang lain. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, kita dapat menyambut Aidil Fitri dalam suasana harmoni.
Janganlah dicemar keadaan ini dengan sikap rakus dan suka mempertikaikan apa yang manusia lain buat. Nilailah diri kita terlebih dahulu. Berserahlah kepada Allah S.W.T. kerana hanya Dialah tempat yang sebaiknya kita berserah. Bi'iznillah, Insya Allah.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Semut pun cuti jugak dari membuat sebarang posting dua tiga hari ini. tetapi perjuangan mesti diteruskan. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.