Ahad, September 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Masih belum reda isu kepala surat di Selangor dan kepincangan dalam masalah dalaman DAP Negeri tersebut. Hari ini Tee Boon Hock menuntut kebenaran diperjelaskan kepada rakyat. Beliau menuntut agar laporan audit Negeri dikeluarkan agar ianya dapat membersihkan nama beliau.

"...Laporan itu dapat mendedahkan butiran mengenai dakwaan salah laku yang tidak dinyatakan dalam surat pemecatan yang dikeluarkan kepada saya oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 30 Ogos.."

Beliau menuntut agar salinan laporan tersebut kerana ianya adalah hak beliau dan juga rakyat. Tee meminta budi bicara Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim jika beliau benar - benar telus dalam pentadbirannya.

Tee juga mendakwa bahawa beliau tidak diberikan surat tunjuk sebab dan peluang untuk memberikan penjelasan sebelum keputusan memecat beliau sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang dilakukan. Malah Tee juga mengakui bahawa wujudnya konspirasi dalam pemecatan beliau ekoran pemilihan DAP bakal diadakan akhir tahun ini.

Hah, macam mana Khalid Gagap nak menjawab? Berani atau tidak beliau serahkan salinan laporan itu kepada Tee demi membuktikan beliau benar - benar telus? Atau adakah beliau akan melaksanakan 'siasatan persendirian' sebelum menyerahkannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping