Ahad, September 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Rupanya bukan sekadar pertikaian dengan DAP sahaja yang perlu mereka hadapi. Rupanya pertikaian dan perlaksanaan dasar dalaman juga turut mendapat tamparan yang hebat. Tidak hairanlah kenapa PAS hari ini sangat jauh berbeza dari pelbagai sudut dengan PAS yang kita kenal dahulu.

Dahulu, PAS yang kita kenal tidak takut dengan mana - mana Parti lain termasuklah DAP. Tetapi hari ini, mereka lebih tunduk kepada DAP dari lantang bersuara. Patutlah ketika Lim Kit Siang Ikan mempertikaikan Penubuhan Negara Islam, tiada siapa yang bersuara. Tiada siapa yang berani bagi komen.

Kalau dulu, PAS mendesak agar UMNO melaksanakan dasar yang lebih bercorak Islamik. Malah baru - baru ini juga mereka menyatakan pendirian yang sama sewaktu idea Perpaduan Ummah diketengahkan. Tetapi kenapa mereka boleh berlembut dengan DAP? Adakah mereka hanya berani dengan saudara sendiri dan takut kepada yang bukan Islam?

Petikan dari blog Duke of UMNO:

Seterusnya dia mengkritik bahawa pemimpin PAS adalah lebih teruk dari UMNO. Katanya, PAS dahulu menjerit dan memekik meminta UMNO mengamalkan dasar yang lebih Islamik dan turut menuduh UMNO terbabit dengan penyalahgunaan kuasa. Tapi, bila PAS memerintah, mereka juga turut melakukan perkara yang sama! Menurutnya, "orang yang tahu dan tidak mengamalkannya akan masuk ke dalam neraka lebih awal dari mereka yang tidak tahu dan tidak melaksanakannya".

Maka jelas, PAS sekarang sudah berubah. Malah pendirian dan perjuangan Islam mereka juga sudah berubah. Ironiknya bila UMNO bertindak tegas dalam perlaksanaan agama, sesetengah pihak melabelkannya sebagai ekstrem. Bukankah itu tanda - tanda perlaksanaan dasar yang lebih Islamik dalam UMNO? Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping