Rabu, September 29, 2010


...Who's Side Will He Be On???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selepas dilaporkan bahawa SPR sudah menerima laporan mengenai kekosongan DUN Galas tengahari tadi, sudah banyak spekulasi - spekulasi yang kita dengar mengenai pencalonan bagi kerusi tersebut. Malah UMNO/BN juga turut melantik Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang sebagai Pengarah Pilihanrayanya.

Maka dengan secara tidak lansung, Tengku Razaleigh atau nama mesranya Ku Li akan memikul tanggungjawab memastikan calon Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi tersebut daripada PAS. Tanggungjawab yang cukup besar itu harus beliau pikul sama ada menang atau kalah Pilihanraya kecil itu nanti.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ku Li seorang yang bijak berpolitik. Beliau juga berasa cukup yakin dengan Ku Li dengan sendirinya akan memberikan sokongan kepada calon PAS dalam PRK DUN Galas itu nanti.

Semut termanggu seketika bila membaca artikel tersebut. Adakah Harun Taib sengaja mahu menimbulkan perasaan syak dikalangan orang UMNO/BN mengenai kesetian Tengku Razaleigh dengan memberikan kenyataan tersebut? Adakah beliau sengaja mahu membuat propaganda dan membangkitkan rasa curiga terhadap Tengku Razaleigh?

Spekulasi yang turut dimainkan oleh beberapa blog sahabat Semut yang lain turut menamakan Syed Azidi, penulis blog Kickdefella sebagai calon bagi DUN Galas. Klik Sini. Manakala ada juga blog lain (klik sini) yang turut menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon paling sesuai untuk merebut kembali kerusi tersebut. Satu cadangan yang menarik sekiranya UMNO/BN mahu menolak rasa curiga kepada Tengku Razaleigh. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping