...Pulang Duit Kerana Curiga Hasilnya...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Laporan Berita Nasional sebentar tadi menyiarkan laporan mengenai tindakan warga emas Pulau Pinang memulangkan semula duit sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Wang sumbangan sebanyak RM100.00 itu dipulangkan berikutan spekulasi yang tercetus beberapa minggu yang lalu.
Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan berita bahawa sumbangan tersebut adalah hasil daripada perjudian. Dana tersebut diberikan oleh sebuah Kelab Lumba Kuda di Pulau Pinang. Walaupun pada mulanya, perkara tersebut dinafikan sekeras - kerasnya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, namun akhirnya Lim Guan Eng mengakuinya juga. Tak pasal - pasal je songeh.
Maka hari ini seramai 40 orang penerima wang ihsan tersebut telah mengembalikan sumbangan tersebut kerana mencurigai hasil wang tersebut. Salah seorang daripada mereka, Saidin Chik mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri yang lansung tidak prihatin terhadap hukum Islam dalam pemberian wang tersebut.
"...Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di sini....
Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Online.
Semut dapat mengagak beberapa komen yang bakal diterima nanti akan mempertikaikan mengenai cukai perjudian dan arak yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Ketahuilah bahawa cukai tersebut kebanyakkannya digunakan untuk membina dan memperbaiki jalan raya selain kemudahan - kemudahan asas yang lain. Ianya tidak diberikan sebagai sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada rakyat. Itulah perbezaannya diantara tindakan Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tapi yang Semut hairan, Nik Aziz sebelum ini kata Lim Guan Eng tahu tentang hukum Islam. Malah orang PAS sendiri mendoakan beliau agar menerima hidayah dan masuk Islam. Adakah tindakan memberikan wang ihsan hasil sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu memberi gambaran bahawa beliau benar - benar memahami Islam? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.