...Jangan dah terantuk baru nak tengadah...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tak perlu nak dakwa dakwi orang lain. Terima sahaja ianya sebagai khifarah Allah S.W.T. Sesungguhnya inilah akibat bagi mereka yang khianat. Jadi, untuk apa lagi si Zaid Ibrahim ini memekik - mekik mengatakan ada orang cuba tikam dia dari belakang? Bukankah dia sendiri pernah lakukan perkara tersebut terlebih dahulu?
Inilah senarionya dengan PKR. Sifat mereka tetap tidak berubah walaupun mereka kata sudah bersihkan diri dan keluar dari UMNO. Terbukti bahawa sifat mereka inilah yang memburukkan UMNO, bukan UMNO itu sendiri.
Akibat suka cakap tak serupa bikin, maka si Zaid kini sudah mendapat musibah yang besar. Dulu di Hulu Selangor, beliau didokong bagai seorang Pahlawan. Beliau dikatakan berani menegakkan yang hak. Tetapi kini, belum lagi masuk ke gelanggang, 20 MP PKR sudah menyatakan dengan sebulat suara tidak mahu menyokong beliau.
Apa tindakan Zaid jika dia ditolak dalam PKR selepas ini? Mahu mengadu nasib kepada siapa lagi selepas ini? Kalau dulu, beliau boleh lagi lari ke PKR selepas ditolak oleh UMNO. Sekarang, ke mana lagi beliau akan bersembunyi?
Malah beliau dengan secara tidak sengajanya mendedahkan keburukan dalam PKR itu sendiri. Maka ternyatalah PKR itu pun tidak sebaik mana. Jadi nak sokong apa lagi?
Sedarlah Zaid. Setiap yang buruk kita lakukan diatas dunia ini akan dibalas buruk juga di kemudian hari. Hampir dengan akhir zaman ini, Allah S.W.T balas terus diatas muka bumi. Bertaqwalah kepada Allah S.W.T dan mohon perlindungan dariNya. Bukan larikan diri ke sebuah parti yang hanya mengagung - agungkan Pemimpinnya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.