Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Harakah Daily hari ini mendedahkan satu laporan yang diterima oleh SPRM berkenaan dengan Kes ADUN Kulim yang ditawarkan sejumlah wang untuk melompat Parti. Laporan tersebut merupakan pautan kepada laporan yang disediakan oleh si Tikus RPK dalam blog Malaysia Today.
Walaubagaimana pun, Semut agak skeptikal sama ada laporan daripada SPRM itu adalah laporan yang sah. Kerana sejak Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dimansuhkan pada tahun 2007, mereka sudah tidak menggunakan nama tersebut sebaliknya menggunakan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tetapi Semut tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara ini. Namun Semut berharap ianya dapat dijelaskan oleh pihak yang berkenaan sama ada ianya benar atau pun tidak. Bagi seorang penulis, surat berkenaan banyak kesilapannya. Namun untuk mengesahkan sama ada ianya tulin atau pun tidak, Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.