Rabu, September 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semakin hari, pakatan pembangkang ini kelihatan sudah semakin rapuh dan reput. Malah pada ketika ini, mereka sudah pun saling berbalah dan menunding jari diantara satu sama lain. Terbaru, insiden yang berlaku di Kulim-Bandar Baharu.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara terbuka mengancam akan memboikot calon PAS dalam pilihanraya akan datang. Mereka berasa kecewa dengan desakan PAS supaya parti itu diberikan peluang untuk bertanding bagi kerusi Parlimen yang pada masa ini disandang oleh YB Zulkifli Noordin.

Sebelum ini, PAS dilaporkan mendapat desakan dari 42 Cawangannya agar kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baharu itu diberikan kepada calon PAS dalam PRU ke 13 nanti. Ianya berikutan tindakan Ahli Parlimennya yang didakwa berpaling tadah dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

“Apa yang dilakukan oleh Pas adalah keterlaluan. Kami sedia akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang berhak untuk menentukan siapa calon tetapi jika calon Pas bertanding di Kulim Bandar Baharu, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada orang kami selepas apa yang telah mereka lakukan,”kata Ketua AMK, Mohamad Kairul Azmi Rosli.

Demikian yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Jelas, agenda mereka hanya untuk berebut kerusi dan bukannya memperjuangkan rakyat. Belum sampai lagi masanya untuk Pilihanraya Umum akan datang mereka sudah berbalah berebut kerusi. Sedangkan perkara sedia ada diabaikan begitu sahaja. Bagaimana mungkin mereka dapat mempertahankan hubungan sesama mereka sekiranya perkara sekecil ini pun menjadi masalah besar bagi mereka? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping