Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Seperti tajuk lagu popular Indonesia pulak. Tapi itulah hakikatnya dengan tindakan pemimpin ini. Banyak yang perlu beliau perjelaskan kepada rakyat. Tindakan beliau sudah banyak kali dipersoalkan. Hanya menanti jawapan beliau sahaja.
Malah tindakan terbaru beliau yang mendakwa Utusan mempunyai agenda tersendiri dan mahu membawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dakwaan tersebut dilaporkan oleh portal pembangkang. Pelik bukan? Seperti ada Vandeta tersembunyi dan ianya perlu penjelasan.
Mengulas mengenai perkara ini, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein turut menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal. Beliau turut mendakwa orang yang membuat fitnah itu mempunyai agenda tersendiri.
"Mungkin perkara ini dibuat kerana pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar. Saya percaya rakyat yang matang tahu membezakan antara yang benar dan tidak," katanya.
Jadi, kita hanya menantikan maklum balas dari Nazri Aziz mengenai kenyataan beliau sebelum ini. Kalau beliau hanya sekadar mahu menghentam Utusan, itu masih boleh difikirkan lagi. Tetapi tindakan beliau mengaitkan Tun Dr. Mahathir dalam isu itu perlu penjelasan dari beliau sendiri. Kenapa beliau perlu mengaitkan Tun Dr. Mahathir? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Tahniah kepada pihak Produksi yang telah berjaya mementaskan Kisah Tun Dr. Mahathir di Istana Budaya baru - baru ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.