Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mempertikaikan mentaliti pemimpin pembangkang ini rasanya macam satu perkara yang merugikan masa. Tetapi Semut tetap melakukannya agar semua orang dapat membezakan sama ada perkara itu perlu dilakukan atau sebaliknya.
Terdahulu, Semut mempertikan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kecewa dengan media di dalam Negara yang berat sebelah. Sebelum ini, Semut juga pernah diajukan oleh beberapa orang sahabat, kenapa perlunya sekatan dalam laporan media.
Banyak buruknya dari baiknya dengan laporan media ini. Ia bukan sahaja dibaca oleh rakyat dalam negara. Ia juga turut di teliti oleh Negara - negara lain diserata dunia. Maka baik buruknya Negara ini turut dikongsi dengan bangsa asing. Seperti kita dalam rumah tangga juga. Adakah kita akan menceritakan keburukan keluarga kita kepada umum?
Sebaliknya, saranan dari Timbalan Perdana Menteri ini perlu menjadi renungan. Dengan cara ini, ia bukan hanya akan membantu menyelesaikan masalah sedia ada. Bukan mengeruhkan lagi keadaan. Teknologi media dan komunikasi hari ini semakin canggih dan ia dapat membantu memudahkan hubungan diantara negara - negara.
Demikian yang dilaporkan dalam mStar Online.
Adalah perlu bagi pengamal - pengamal media dan juga pemimpin yang keluar dan membawa nama negara menjaga kehormatannya. Bukan memburuk - burukkan lagi keadaan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.