Isnin, Jun 12, 2017

Sejak beberapa hari lepas, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu berkokok bercerita pasal duit sebanyak RM 9.5 juta yang didakwa melibatkan Perdana Menteri dengan Tan Sri Shafee.

Tapi dalam masa yang sama, puak Pakatan Haprak tu hanya mendiamkan diri apabila isu berkaitan dengan dana kewangan yang diterima dari seorang Jutawan luar Negara dibangkitkan.

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan dana kewangan sebanyak RM 26juta itu hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Namun perkara itu hanya dinafikan secara kosong oleh Rafizi.

Menyangkal penafian yang dibuat oleh Si Rafizi itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa penafian itu hanya merupakan satu pembohongan yang telah dilakukan oleh Rafizi.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.
“Malah Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan media di blognya, Rabu.
Sementara itu, Si Chagubard yang digantung keahlian oleh PKR sejak tahun 2014 mendakwa mengenali jutawan berkenaan serta mengetahui hubungan antara John Soh dengan PKR.
“Siapa dia John Soh? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
“Peranan John Soh pada satu ketika dalam ‘circle Anwar’ amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR,” katanya lagi.
Persoalannya, jika benar PKR tidak terlibat dengan dana kewangan sebanyak RM 26 juta seperti mana yang didakwa oleh Si Chagubard ini, kenapa parti itu tidak mengambil tindakan?

Kenapa PKR masih tidak memfailkan saman terhadap Si Chagubard ni yang masih berada di Malaysia? Sebaliknya, kenapa diorang sibuk suruh PM saman Sarawak Report yang ada di Britain?

Itu membuktikan bahawa dakwaan yang disebarkan selama hari ini terhadap Perdana Menteri hanya digunakan untuk menutup kemaluan diri mereka sendiri. Bila diorang dapat banyak duit, pandai pulak diorang sorok dari pengetahuan orang ramai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping