Rabu, September 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Terdahulu, PAS Kelantan menafikan dakwaan menerima sumbangan RM4Billion dari sebuah syarikat swasta. Walaupun kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh syarikat tersebut, PAS masih mahu menafikannya. Kenyataan menafikan penerimaan tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Lain pula ceritanya hari ini. Dalam blog The Unspinner dan blog 153, jelas terpampang gambar penerimaan cek tersebut. Malah adik kepada Menteri Besar Kelantan sendiri telah mengesahkan beliau turut serta dalam program tersebut. Beliau berbuat demikian atas dasar tidak ada wakil kerajaan Negeri atau Exco yang hadir untuk menerima cek tersebut.

Walaupun dalam Harakah turut menafikan bahawa Nik Din Bin Nik Mat tampil menerima cek tersebut bagi pihak Menteri Besar Kelantan. Beliau hanya sekadar memenuhi jemputan katanya dalam artikel portal tersebut. Bagi Semut, sama ada cek tersebut diterima mewakili Menteri Besar atau tidak, itu bukan persoalannya. Soal pokoknya disini, PAS menerima duit tersebut.

RM4Billion!!! Bukan sikit - sikit punya duit. Lagi nak tipu ke kata tak terima? Nak buat apa duit banyak macam tu? Simpan untuk pilihanraya ke? Rasanya dah lebih dari cukup untuk membantu rakyat - rakyat Kelantan. Harap - harap indeks kemiskinan di Kelantan lepas ni akan menurun dengan bantuan sebanyak RM4billion ni. Jangan Kerajaan Negeri peram buat pekasam untuk Pilihanraya akan datang sudah lah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping