...Aik, Banner Pakai Kertas Kad Board Je Ke?...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Adakah ianya satu kebetulan atau ianya memang sudah direncanakan oleh Anwar Ibrahim dan Lee Kuan Yew? Yang lebih menghairankan, kenapa PAS boleh kekal berdiam diri mengenai perkara ini?
Sewaktu melayari salah satu blog baru, Celah Gelegar hari ini, Semut terbaca satu kenyataan oleh si Ketua Penipu itu baru - baru ini. Beliau yang berucap dalam satu Majlis Pelancaran Pakatan Sabah pada 15 September lalu menekankan bahawa Sabah akan diberikan kuasa autonomi penuh jika Pakatan Pembangkang itu menerajui Kerajaan Malaysia.
"...Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar...
Demikian yang dilaporkan oleh The Borneo Post.
Terdahulu, Semut mendedahkan keadaan sewaktu awal Pembentukan Negara Malaysia pada tahun 1963. Lee Kuan Yew menuntut agar Singapura diberi kebebasan penuh dalam menentu dasar pendidikan, buruh, kewarganegaraan, ekonomi dan sebagainya.
Nampak gayanya, agenda itu juga bukan setakat DAP, tetapi turut diserap ke dalam PKR. Namun, Semut rasa seluruh rakyat Malaysia kini sudah sedia maklum bahawa Anwar hanya pandai menabur janji tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk melaksanakannya. Sudah banyak persoalan yang tidak mampu dijawabnya. He should first walk the talk.
Parti Pembangkang di Sabah juga sedar bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia talam dua muka. Kerana itu, SAPP tidak turut hadir dalam majlis tersebut. Malah PBS juga sebenarnya sedar bahawa Anwar Ibrahimlah dalang yang mengakibatkan mereka tewas dalam Pilihanraya 1994. Dan hari ini, si Ketua Penipu itu mahu menjadi Hero di Sabah? Menyedihkan.
Sudah - sudahlah dengan omongan kosong dan retorik ini wahai si Ketua Penipu. Keadaan diri sendiri pun masih tidak mampu diselesaikan, inikan pula mahu menyelesaikan masalah rakyat. Buktikan perjuangan Parti Kelentong Rakyat itu benar - benar demi rakyat. Bukan berpaksikan diri sendiri semata - mata. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Salam,
BalasPadamMohon linkkan blog empayar pemuda dalam senarai blog saudara. tq
http://empayar-pemuda.blogspot.com/
Sudah dilinkkan.
BalasPadamHarapan agar kita sama - sama mendedahkan kebenaran dan wajah sebenar Penipu Rakyat ini.
Tingkatkan kesedaran kepada rakyat menegnai agenda sebenar mereka.