Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya si Tikus Botak yang bernama Raja Petra Kamarudin tu sedang teresak - esak menangis sambil menghabiskan duit belanja yang diberikan oleh Anwar Ibrahim agaknya. Mana tidaknya, undangan oleh BBC baru - baru ini telah ditolak kerana mereka khuatir akan menjejaskan hubungan London dan Kuala Lumpur.
Menyedari hakikat bahawa penampilan si Tikus Botak itu akan merosakkan reputasi mereka, maka pihak BBC mengugurkan cadangan agar tidak menjemput RPK dalam rancangan HARDTalk mereka. Mungkin pihak BBC sedar bahawa RPK hanya akan membawa nama busuknya ke dalam BBC, sebab itu mereka batalkan rancangan tersebut.
Kalau tidak, peluang besar la si Tikus Botak itu untuk mendedahkan sketsa bohongnya mengenai Kerajaan Malaysia. Nak jugak tengok apa soalan BBC kepada RPK. Kalau bagi Semut tanya, satu soalan je dah cukup. Jika benar RPK boleh membuktikan semua dakwaan beliau sebelum ini, kenapa dia lari? Takut kerana benar? Bak kata Karpal Singki Pecah, Awak Bukan Seorang Islam Yang Baik.
KDN pula sedang menunggu rayuan berkenaan dakawaan tersebut. Mereka sedang dalam permohonan membuat Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan RPK dari Tahanan ISA. Notis berkenaan tersebut masih dalam proses kerana alamat RPK masih belum diketahui.
Apa susah. Bawak je la si Zaid Ibrahim Al - Araki tu ke London. Tajaan penuh, Fully Sponsered. Bukan ke dia beria - ria mengejek KDN sebelum ini? Takkan itu pun susah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.