...At The End Of An Era...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Adakah berita yang Semut baca ini akan menjadi kenyataan? Presiden MIC yang rata - rata dikatakan selama ini dilihat akan memegang jawatan tersebut sehingga ke akhir hayat dikhabarkan akan meletakkan jawatan akhri tahun ini.
Beliau yang mencatat rekod paling lama menjawat jawatan sebagai Presiden berbanding parti - parti komponen Barisan Nasional itu menyatakan hasrat demikian selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MIC Pusat hari ini.
Melihat kepada tindakan tersebut, beliau bakal menyerahkan kepimpinan MIC kepada Timbalannya, G. Palanivel. Sebelum ini, sudah banyak kali desakan yang dihadapkan kepada beliau agar melepaskan jawatan itu kepada orang lain. Yang terbaru desakan dari Gerakan Anti Samyvellu (GAS).
Adakah dengan tindakan ini, golongan - golongan tertentu dari kalangan kaum India dapat menerimanya? Persoalan paling pokok, adakah beliau akan melepaskan jawatan tersebut secara total dan tiada tali yang mampu ditarik beliau pada bila - bila masa kelak? Jangan nama saya letak jawatan, tapi kelingking masih bertaut, sudah lah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.