Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dah dasarnya tak tahu malu dan tak boleh terima hakikat. Maka macam - macam la alasan yang mereka berikan. masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sendiri lemah mengendalikan sesi pemilihan baru - baru ini. Tapi jika mengaku, bertambahlah keaiban mereka.
Jika sebelum ini, Nasarusin Nasution mengelurkan kenyataan dengan menyatakan bahawa ada pihak luar yang cuba membuat propaganda sehingga menyebabkan kekecohan sewaktu pemilihan peringkat cabang baru - baru ini. Hari ini, Pengarah Komunikasi PKR pula menjelaskan pendirian yang sama.
"...Ini kerana modus operandi kekacauan di cabang-cabang berkenaan adalah sama. Jadi komen kita berasas, itu alasan yang kukuh"...
Demikian yang dinyatakan oleh Nik Nazmi ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia.
Dalam ertikata lainnya, mereka mahu menyatakan dengan tegas bahawa orang luar yang mencetuskan kekecohan tersebut sudah tidak ada kerja lain. Malah mereka juga menyatakan secara tersembunyinya, individu terbabit sempat mengunjungi semua sesi pemilihan untuk membuat kecoh.
Malah mereka juga mahu menyatakan bahawa kesilapan mencetak kertas undi, hilang nama calon dan kewujudan pengundi hantu sewaktu pemilihan dijalankan adalah berpunca dari orang luar. Mereka yang membuat kecoh ini seakan - akan sudah tahu nama calon yang bertanding, bentuk kertas undi dan sebagainya. Menyedihkan jika ini alasan PKR kerana jelas mereka sendiri tidak tahu untuk menetapkan perkara itu sebagai SULIT.
Nak kata bodoh kang, semuanya cerdik pandai belaka. Bila dicabar kemukakan bukti, haram sorang pun berani. Tuduh dulu, kemudian baru cipta bukti ke? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Alasan semua orang boleh buat. Budak sekolah rendah pun lagi pandai buat alasan. Inikan pulak orang Politik. Ingat rakyat ni bodoh macamdiorang ke?
Sebelum tuduhan ini berlaku, cg pian dah jangka awal dalam post, dah tulis apa yang PKR akan buat dalam isu ini. Memang itu lah kerja PKR, yg buruk orang punya, yg baik Anuar punya. Sebab itu dia cari yang baik-baik aja macam saiful.
BalasPadam