Rabu, September 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berikutan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, maka laporan berita hari ini banyak mengisahkan hal tersebut. Tidak kurangnya berita - berita dari kedua - dua pihak sama ada Barisan Nasional mahupun pihak Pembangkang. Walaupun baru sehari Allahyarham ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman pergi menyahut seruan Illahi, percaturan kedua - dua pihak sudah mula kedengaran.

Yang menarik perhatian Semut mengenai laporan Sinar Harian muka depan yang bertajuk 'UMNO Usah tanding'. Kononnya atas nama perpaduan Melayu, UMNO dicadang tidak meletakkan calon pada PRK DUN Galas untuk memberi kemenangan percuma kepada PAS.

"Cadangan ini bukan bermakna kita lemah. Kalau perlu lawan kita lawan. Lagipun ini kerusi PAS, tetapi jika tidak lawan lagi bagus"

Demikian yang diluahkan oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Sinar Harian semalam.

Semut cukup skeptikal dengan cadangan beliau. Satu, memang benar apa yang dikatakan oleh Takiyuddin itu. Selain daripada mengelakkan perpecahan dan membesarkan jurang silaturahim, adalah lebih baik tidak bertanding. Malah ia juga dapat menjimatkan wang. Maka, perlu juga diberikan cadangan kepada Timbalan Setiausaha PAS itu agar menyegerakan rundingan Perpaduan diantara PAS dan UMNO.

Kedua. PAS perlu memastikan sama ada ahli mahupun pemimpin peringkat tertingginya tidak membuat spekulasi jika UMNO tidak bertanding. Sesuatu yang Semut jangka tidak mungkin berlaku. Mana tidaknya. Sewaktu UMNO tidak bertanding dahulu pun sudah banyak spekulasi yang dilakukan mereka termasuk UMNO lemah, takut dan sebagainya. Mampukah Takiyuddin memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali atas semangat Perpaduan Melayu?

Ketiga. Takiyuddin juga perlu memberikan nasihat kepada Mursyidul Am PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan itu mengenai isu Perpaduan Melayu ini. Maklumlah, Menteri Besar Kelantan itu BUKAN ORANG MELAYU. Jadi, adalah sangat - sangat wajar Takiyuddin menjelaskan kepada beliau tentang semangat perpaduan Melayu yang dimaksudkan beliau ini semoga beliau faham. Jangan hanya pandai bercakap sahaja.Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping