Selasa, September 28, 2010


...Pembawa Perubahan Atau Musibbah???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut teringat lagi bisikan beberapa orang rakan yang dilihat Pro Pembangkang sekitar tahun lalu. Terutama ketika isu Kampong Buah Pala dan pertikaian rakyat Pulau Pinang terhadap kepimpinan DAP di Negeri tersebut.
Mereka antara lain menyatakan bahawa sebelum Pilihanraya 2008, Ketua Menterinya tetap dari bangsa Cina. Sekarang masih lagi bangsa itu yang menjadi Ketua Menteri. Apa bezanya. Masa Gerakan memerintah dulu pun, Melayu masih mundur. Sekarang nak bising buat apa? Malah mereka mendakwa keadaan Pulau Pinang sekarang lebih baik dari sebelum tahun 2008.
Itu kata mereka. Walaupun kita beri beberapa fakta sebagai renungan buat mereka, ianya tetap ditolak. Antara perkara yang diketengahkan oleh Semut:
Pertama: Jika dulu kita boleh lihat Pembangunan Pulau Pinang banyak ditumpukan di Seberang Prai. Ianya disebabkan kawasan ini paling ramai penduduk Melayu. Tetapi sekarang, pembangunan banyak ditumpukan di kawasan Pulau sahaja sedangkan kawasan itu majoritinya kaum Cina. Dan hampir keseluruhan kawasan di Seberang Prai dibiarkan begitu sahaja. Kenapa?
Kedua: Jika dulu tidak pernah timbul soal sama ada orang Melayu diberi hak untuk berniaga di Komtar dan siapa yang pungut duit sewanya. Tak pernah kita dengar spekulasi yang mengatakan pihak berkenaan tidak membayar sewa untuk berniaga disitu. Kenapa secara tiba - tiba, isu itu muncul?
Dan Ketiga: Dulu kita tidak pernah dengar ada kampung Melayu yang diambil sama ada oleh pihak swasta mahupun oleh Kerajaan Negeri. Selama kerajaan Negeri dikuasai oleh Barisan Nasional, tidak pernah sekali pun kita dengar rakyat merungut kata Kerajaan Negeri kejam dan zalim. Tanah milik mereka tidak pernah diusik oleh sesiapa pun.
Tetapi tidak sampai 2 tahun, mereka bangkit membuat bantahan. Mendakwa kerajaan Negeri zalim dan sebagainya. Malah isu rampasan tanah milik orang Melayu menjadi berita hangat sedangkan ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.
Walaupun kerajaan Negeri menafikan penglibatan mereka dan kebanyakan tanah itu dibeli oleh syarika swasta, perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Inilah diantara perbezaan diantara Pulau Pinang dulu dan sekarang.
Tidak hairan jika Tun Mahathir Mohamed bimbang kuasa Melayu akan hilang jika kita membiarkan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Negara. Melayu bakal menerima nasib yang sama seperti rakyat Palastine yang dinafikan hak mereka dibumi mereka sendiri. Buktinya sudah ada di Pulau Pinang.
Adalah sesuatu yang mustahil bagi pemimpin pembangkang untuk mengekalkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu selepas mereka memerintah. Mana tidaknya. Belum memerintah pun mereka dah banyak soal. Inikan pula jika mereka sudah memegang kuasa nanti. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. tU LAH owang Melayu....x sador diri..... wat owang melayu PP yg mengundi PR...tanggung lah sendiri.... Wahai umat2 PAS kenapa berdiam diri....?????????????????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping