...Keluarga Caca Marba. Satu Mahu Kekal, Satu Lagi Mempertikai...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sudah - sudahlah si Anak Kecil ini memalukan dirinya sendiri. Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Dakwaan beliau sebelum ini menyatakan bahawa Kapal Selam Malaysia tidak boleh menyelam. Tetapi ianya disangkal oleh pihak TLDM dengan membuat latihan melepaskan tembakan roket baru - baru ini. Imbas kembali.
Terbaru beliau mempertikaikan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan mengenai hak istemewa orang Melayu. Walaupun beliau berisiko didakwa dibawah akta Hasutan, tetapi ianya bukan masalah besar bagi si Anak Kecil ini. Maklumlah, beliau dibesarkan dengan keadaan senang lenang. Anak Bekas Timbalan Perdana Menteri la katakan.
Sebab itu beliau boleh berbangga dengan mempersoalkan perkara tersebut. Biarpun ayahnya sendiri menyatakan bahawa pembangkang akan tetap memelihara Perlembagaan seperti mana keadaannya sekarang. Klik sini sebagai imbasan. Bolehlah kita katakan bahawa si Anak Kecil itu cuba menderhaka kepada ayahnya sendiri. Kesian.
Tindakan si Anak Kecil ini mempertikaikan Perkara 153 itu turut diselar oleh beberapa NGO Melayu. Mereka juga turut mempersoalkan kenapa perlu si Anak Kecil ini mempertikaikan perkara tersebut? Malah menurut mereka juga, mungkin si Anak Kecil ini tidak benar - benar memahami apa yang dikatakan dalam Perkara 153 tersebut. Klik sini untuk laporan selanjutnya.
Maka apa lagi tindakan si Anak Kecil itu selepas ini? Beliau bukan sahaja dimalukan oleh TLDM tetapi ayah beliau sendiri turut membangkang apa yang beliau kata. Adalah wajar si Anak Kecil itu mempelajari apa yang si Ayah ingin teruskan dan memahami kesusahan terlebih dahulu sebelum mempertikaikan hak Keistimewaan Orang Melayu.
Cubalah si Anak Kecil itu bukak matanya luas - luas dan renungkan. Adakah tanpa Perkara 153 itu, Melayu tidak akan menjadi seperti rakyat Palastine pada hari ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.