Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa nak jadi la dengan si Anak Kecil ini ye? Dulu didakwa menderhaka kepada Negara gara - gara kenyataan akhbar beliau yang mengecam soal Kapal Selam Negara kepada akhbar luar. Hari ini, tindakan beliau dilihat menderhaka kepada Ayahnya sendiri.
Jika dalam 'perutusan' Merdeka, Anwar Ibrahim mengariskan bahawa seandainya Pembangkang menguasai kepimpinan Negara, Perlembagaan Negara katanya akan dikekalkan. Malah beliau juga dikatakan akan mempertahankan Hak Melayu dan Islam. Beliau dengan jelas menggariskan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu. Demikian yang dinyatakan dalam blog beliau (Klik Sini). Malah liputan dalam akhbar Sinar Harian hari ini juga menyatakan perkara yang sama. Lihat gambar dibawah.
Namun pendapat beberapa bekas teman rapat beliau sendiri, ianya hanya 'wayang' dan 'sandiwara' lapuk yang biasa beliau ulangi. Mereka juga turut mencabar pendirian Anwar terhadap dakwaan tersebut. Mereka melihat terdapat percanggahan diantara pendirian beliau dengan 'raka - rakan sekutu'nya yang lain terutama dari kalangan PAS dan DAP. Bagi PAS, dasar perjuangan mereka adalah untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Usah cerita la mengenai DAP. Jadi, mereka mencabar Anwar agar berani mengotakan apa yang beliau kata. Klik sini & sini.
Bukan hanya 'bekas rakan' beliau sahaja yang menggambarkan apayang Anwar kata itu sebagai satu wayang. Malah anak kesayangan beliau juga turut membayangkan bahawa impian beliau itu hanya omangan kosong. Nurul Izzah dalam wawancaranya bersama Malaysia Insider mempersoalkan Perlembagaan Negara dalam artikel 153 dan 152. Malah beliau menyatakan bahawa Hak Orang Melayu hanyalah falasafah dan bukannya sebuah undang - undang atau Perlembagaan. Lihat gambar dibawah.
Wah! Berani sungguh si Anak Kecil ini ye. Berani dia mencabar hak keistimewaan yang telah dipersetujui oleh bukan bapak dia tetapi nenek moyang dia sendiri. Inilah buktinya seorang anak kecil yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang diberi. Malah beliau cuba menderhaka kepada ayahnya sendiri. Nauzubillah, bawa - bawalah bertaubat.
Adakah si anak kecil ini mahu bangsanya menjadi seperti Palastine dan ditindas oleh bangsa lain? Mahukah si anak kecil ini melihat bangsanya sendiri mengemis ditanah airnya sendiri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Mereka tak perlukan perkara 153 dalam perlembagaan negara...mereka dah kaya ray, duit makan 7 keturunan pon tak habis...
BalasPadamTapi takpelah Allah itu maha kaya...